Assalamualaikum. Dah biasa makan ikan siakap kat umah mak ayah tapi bila dah kahwin ni, lama dah xmakan. xtau nak masak pe jadi bakar je..Kami satu family memang suka makan ikan bakar, ayah selalu panggang ikan siakap ni sebab suka makan bersama air asam..Sedap, menyelerakan!
Baru letak atas pemanggang..Gini la rupanya
IKAN SIAKAP BAKAR
Bahan:
Bahan:
1/2 ekor ikan siakap - dibersihkan bersama limau
*10 tangkai cili kering
*7 bj bawang merah
*4 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit - hiris nipis
1 btg serai - hiris nipis
Garam
Serbuk kunyit
Kaedah:
1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Sapu bahan kisar (*) ke seluruh ikan.
3. Gaul bersama daun kunyit dan serai
4. Panggang sampai masak.
Yang ni dah masak
Perbezaan sebelum dipanggang dan selepas dipanggang.Yang hitam tu sisik ye
***Pesan ayah: Jangan buang sisik ikan kalau nak panggang ikan. Bila sisik ada, boleh guna api besar. Aku memg guna api besar pun. X jaga pun xpe sebab ikan xkan hangus.Yang hangus hanyalah sisik sahaja. Bila ikan cukup masak, sisik ikan mudah dibuang. Jadi, xderla sepanjang masa tengok ikan yang tengah dipanggang sebab ianya xkan hangus.
Pernah buat ikan bakar sebelum ni tapi guna ikan lain. Air asam pun pernah buat. Entri NI
Tapi kali ni buat air asam simple je, coz dh lapar tapi sedap gak..
Air Asam Simple
*2 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih
*6 bj cili padi
2 sb asam jawa
1 sk garam
Sedikit perahan limau
Sedikit hirisan kulit limau
Sedikit hirisan bunga kantan
Air
1. Campur semua bahan bersama bahan hirisan *
2. Kacau sebati.
p/s: Lauk ni sangat sedap!!!!Nak buat lagi!!!Nak bagi hubby makan sedap-sedap!!
p/s: Lauk ni sangat sedap!!!!Nak buat lagi!!!Nak bagi hubby makan sedap-sedap!!
0 comment