Sewing

Nursing Blouse

9:24 AM


Alhamdulillah siap nursing blouse mel seperti yang dijanjikan itu hari nak upload. Ini first time buat empire cut (potong antara dada-pinggang). Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.

Nursing blouse merangkap maternity blouse juga. Sebab belakangnya mel buatkan pleat. Nanti mengandung (insyaAllah) senang tak yah beli dah. Menjimatkan perbelanjaan isi rumah gitu. Sekarang jalan2 pun mel boleh guna.


Tentunya zip sorok memainkan peranan penting. Senang untuk digunakan. Blouse ni mel guna japanese cotton satin. Material yang sangatlah mel gemari. Berkualiti, bersifat ringan dan nipis tapi tak jarang. Sejuk pula tu. Bukan apa, bintulu ni cuacanya agak kering dan panas, jadi pakaian haruslah sepadan.

Beli 2 meter berharga RM26+ ketika promosi di Kamdar. Tempat yang memang berbaloi untuk membeli belah saat promosi. Kalau tiada promosi, kebiasaannya mel takkan singgah. Kain memang berkualiti tapi rasa agak mahal pada mel. Sekarang duit mengalir lagi laju dari air, jadi nak membeli tu harus fikir dalam2. uhuu

Ok..next project ----> Jubah Princess Cut

You Might Also Like

2 comment

  1. pandainya jahit...kalau sy ntah jadi apa...

    ReplyDelete
  2. Assalam Mel.
    Hehe...lama x jengah sini...;)
    Msti kemas jahitannya ni...

    ReplyDelete