RESEPI

Masak Lemak Batang Keladi

8:58 AM


Assalamualaikum. Alhamduillah di sini amat mudah nak dapat batang keladi. Dijual sepeket besar RM2 sahaja. Siap dah potong2 lagi. Jadi sampai rumah memang boleh terus masak. Sepeket tu boleh 2-3 kali masak. Memang banyak.

Kalau tak dimasak asam rebus akan dimasak lemak . Memang jadi kegemaran sangat.  Lagi2 kalau buat tu pedas2. Masak lemak dimakan sekali dengan ikan masin. Wahhh..memang menyelerakanlah!

Masak Lemak Batang Keladi
Resepi: mel

Bahan-bahan:-
1 mangkuk batang keladi - telah dibersihkan
*7 bj cili padi
*3 bj bawang merah
*1 in kunyit hidup

 1/2 helai daun kunyit - hiris
100ml santan kotak
100ml air
Garam, minyak

Kaedah:
1. Didihkan seperiuk air. Masukkan batang keladi. Sebentar sahaja. Buang air, toskan keladi dan ketepikan

2. Tumis bahan bertumbuk (*) dengan sedikit minyak hingga naik bau.
3. Masukkan santan dan air. Kacau
4. Masukkan keladi. Biar keladi lembut.
5. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan masukkan daun kunyit. Matikan api.
6. Hidang bersama nasi panas dan ikan masin

You Might Also Like

0 comment