KUIH

Fruit Cocktail Pudding

10:01 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat update pagi Jumaat yang penuh barakah ni. Makin tenat pula line internet dan talian telefon di sini. Internet memang boleh dikatakan langsung tiada. Line telefon hanya ada lebih kurang jam 9pg - 3 petang saja. Line telefon ni macam ada button on off pula..Yelah hanya tempoh itu saja ada line.uhuu. Ini mel update pun time pagi internet laju skit..Sat lagi tu putuslah. Memang nak bw pun tak boleh. Nanti line dah pulih (entah bila) mel bw member2 yang tinggal komen kat blog mel ya. Mekasih sudi bertandang.

Mai layan resepi penyejuk tekak. Sedap dimakan musim panas ni. Lepas dah siap pudding ni semua, mel baru perasan fruit cocktail ni ada nenas. Dah terbuat, makan sajalah. Pasni baru pantang nenas balik..uhuu

Fruit Cocktail Pudding
Sumber: AK

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
1 tin susu sejat penuh krim - mel letak 250ml
1/2 cawan gula - 200g
3 cawan air - 650ml
1 tin fruit cocktail

Cara-cara
1. Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah air ke dalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan susu sejat dan kacau rata. Lepas tu, bolehlah ditutup api.
3. Tapis buah-buahan cocktail, buang airnya. Masukkan buah-buahan cocktail ke dalam agar-agar dan dan kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan ketepikan sebentar. Masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia keras.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan bolehlah dihidangkan.

You Might Also Like

1 comment

  1. sedap nye Mel akk tgk pic ni...teringin nk mkn, tp kekadang perut tak thn ngan susu.dah lama x buat ni.teringin sgt

    ReplyDelete