Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Sup Istimewa

7:57 AM


Assalamualaikum. Kembali bersiaran dengan hidangan mee sup istimewa hidangan dinner malam semalam. Memang istimewa. Rasa macam mee sup beli kat pasar malam. Mee sup yang sedaplah.

Bahan-bahannya pula tak renyah macam sup2 sebelum ni yang mel buat. Tapi hasilnya alhamdulillah sangat menepati selera kami. Mula2 rasa supnya macam biasa saja. Tapi bila dicampurkan dengan sambal kicap, memang sedap! Mel makan dengan sambal kicap yang sebelum ni mel buat. Terbaiklah!

Mee Sup Istimewa
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar.
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Kacang goreng - mel tambah

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih
Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

You Might Also Like

3 comment

  1. Menu diet pun bole masuk gak ni kan Mel kan...:)

    ReplyDelete
  2. salam singgah.. ada letak belacan dalam sup wahh unik la dengar.. mesti nak kena cuba buat nih.. biasa buat sup tak pernah letak belacan hii

    ReplyDelete
  3. Salam mell... lamanyerr tak buka blog.. huhuhu.... esok ai nak balik semenanjungg.. jgn jeles ye.. tp duk kl je. mujur la cuti sekolah, family turun kl semua sbb kakak baru dpt pindah putrajaya.

    ReplyDelete