RESEPI

Sambal Kicap

8:17 AM


Assalamualaikum. Beberapa hari lepas mendapat khabar berita salah seorang rakan di sini dipindahkan ke Semenanjung. Wooo....bestnya. Sedihlah sebab dah makin kurang kawan di sini. Kalau berkumpul tinggal 1-2 kerat je ha. Tak mengapa, yang penting dia happy dapat pindah. Mel? InsyaAllah ada rezeki akan menyusul. hehehe

Soal resepi sambal kicap pula. Sangatlah digemari darling mel. Paling dia suka cicah dengan pisang goreng. Memang laju makan. Cukup pedas, manis masin segala. Mel memang buat tiap minggu, masuk dalam botol dan simpan dalam chiller. Nak guna keluarkan ambil sikit2. Jimat masa dan tenaga. Boleh juga dimakan bersama sup2 yang digemari.

Sambal Kicap
Resepi: mel

Bahan A (kisar):

30 bj cili padi - belah 2
1 ulas bawang putih 
1 bj limau kasturi

Bahan B:
Kicap manis secukupnya
Secubit garam
Secubit gula
Minyak

Kaedah membuatnya:
1. Tumis sebentar semua bahan A dalam sedikit minyak.
2. Setelah naik bau/keperangan angkat dan toskan.
3. Limau dibelah dan dibuang biji. Kisar bersama bahan A dengan pengisar kering.
4. Satukan dengan kicap. Kacau sebati.
5. Seimbangkan rasanya dengan garam dan gula.
6. Sedia untuk dihidangkan.

You Might Also Like

4 comment

  1. Bende simpel yg sedap! Cicah juga dgn tempe goreng...mmg mkn ingt lah !!!

    ReplyDelete
  2. Mel.. tun wajib wat sambal kicap camni bila wat sup ayam. kalau tak mcm xberapa laju makan nasik tu.

    ReplyDelete
  3. salam singgah ..dah lama x buat sambal kicap cam ni.. selalu buat simpan lama la jugak.. teringin nak buat

    ReplyDelete
  4. sambal kicap mmg sedap la kan sbg aksesori mkn nasi..tp tu la, akak klu buat tak berani melantak...ambik sikit2.huhuuu

    ReplyDelete