Sarawak

Potluck

7:25 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah majlis potluck yang julung kali diadakan di Club House di sini berjalan dengan lancar. Tiada sempena apa2. Sekadar mahu berkumpul sesama rakan sekerja dan keluarga. Club house yang memang ditubuhkan untuk para staf dan executive bersantai. Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti menonton tv, karaoke, pingpong, bbq dan macam2 lagi.


Majlis bermula lepas isyak. Alhamdulillah, walaupun kali pertama diadakan, banyak juga juadah yang terhidang. Yang bujang pun turut sama bawa. Mel pun tak tahu nak bawa apa pada mulanya. Khuatir makanan yang dibawa tidak sesuai dengan hidangan makan malam. hihii


Antara makanan yang ada mee goreng, mihun goreng, nasi putih, sup tulang, sup daging, gulai ayam, kepak bakar, sosej bakar, keropok keping, kacang kuda, papadom, tempe goreng tepung, ayam pedas. Untuk dessert ada kek buah, puding santan, kek coklat, buah oren.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma ada beberapa kelewatan yang tidak dijangka sahaja. Yang lain semuanya ok.

Pada yang baru nak buat potluck tu, mungkin boleh ambil sedikit tips ni. Pastikan bincang setiap orang nak bawa apa. Takut2 nanti ada yang bawa hidangan yang sama, membazir pula. Dah habis majlis, ada hidangan yang lebih2 tu, isilah bekas masing2 yang kosong. Tukar2 makanan.

Balik rumah boleh reheat atau buat sarapan esoknya. Nasi putih lebih, bawa pulang dan boleh tukar jadi nasi goreng. Gulai boleh jadikan rendang. Ayam atau sosej boleh masukkan dalam nasi goreng atau sebagainya. Jadi orang dapur, haruslah kreatif.

Satu lagi, pastikan setiap hidangan tu tersedia terus untuk dimakan. Contohnya dessert, tersedia dipotong. Jangan time tulah baru nak cari pisau nak potong puding buah segala.

Juga pastikan alatan untuk menghidang dan makan juga ada. Mana tahu makanan dah terhidang tapi tergendala dek kerana tiada senduk, sudu, pinggan, cawan untuk diguna.

Satu lagi pastikan sebelum makan tu sediakan plastik buang sampah or tempat nak kumpul pinggan mangkuk yang dah diguna. Mudah kerja nanti nak mengemas. Tidaklah penat sangat nanti lepas makan nak cuci basuh semua. Kalau ada maid tak mengapa. hihii

Yang terakhir, pastikan semua makanan yang dibawa dibuka. Takut2 nanti dah habis makan, tengok2 ada bekas makanan yang tak dibuka. Kasihan pada orang yang bawanya. Pasti sedih. Mesti tak mahu bawa dah lepas ni. uhuu

Moga bermanfaat ^^

You Might Also Like

4 comment

  1. Assalam Mel.
    1st time kan..bnyk le cacat celanya tu...next time bole bincang...kasi improve lagi... kan! :)

    ReplyDelete
  2. Salam mel.. best nyer potluck.. biasa jadi mcm tu. 1st time buat mmg mcm2 insiden la, lagi2 kalau xde ajk yg proper n x deligate tugasan. sudu garfu xtau ke mana la.. hehe..

    ReplyDelete
  3. salam singgah... wah bagus tu kena kreatif la kita ni orang dapur .. tak nak semua membazir kan .. lebh2 lagi time pot luck ni emm kena fikir menu apa pulak yang nak dibawak

    ReplyDelete
  4. Seronok la man dpt bust potluck camni man...cuma tu LA, kena set cantik2 ..

    ReplyDelete