RESEPI

Kuah Kacang

7:59 AM


Assalamualaikum. Semalam merajinkan diri buat satay. Perapnya dari hari Sabtu dah. Lama dah tak pekena satay kan. Sebelum ni mel cuba beberapa resepi kuah kacang yang sedap. Kali ini cuba resepi baru, memang sedap juga.

Bahan2 pun tak banyak. Tapi yang renyah adalah nak buang kulit kacang. Mel pernah tengok kat satu kedai, dia ramas2 kacang yang dah sangai lepas tu letak depan kipas. Jadi memang kulit kacang tu terbang lerr bertaburan keluar dari talam. Senang cara tu, tapi sepahlah sikit. uhuu. Selamat mencuba

Kuah Kacang
Sumber: Fb


Bahan-bahan:
600g kacang tanah - sangai
5 bj bawang besar
1/2 cawan cili kering - kisar
1 cawan gula melaka
1sb gula pasir
1 cawan minyak
2-3 cawan air
Garam secukup rasa
1sk jintan putih - mel tambah

Cara-caranya:
1. Kacang tanah mesti cukup dimasak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar.
Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak air.
2. Bawang besar dimayang. Panaskan periuk dan tumis bawang dan jintan hingga wangi. Masukkan cili kering dan goreng hingga naik minyak
3. Masukkan kacang tanah. Masukkan air
4. Setelah mendidih masukkan gula dan garam. Kuah kacang harus manis sedikit
5. Kuah kacang akan pekat setelah sejuk. Jadi agak2 kuantiti air.

You Might Also Like

2 comment

  1. aduhai sedapnya terpandang satey....colet pulak ngan kuah kacang..dan..dan...makan sampai licin...huhuu..teringin pulak dah ni

    ReplyDelete
  2. sib baik selalu mkn sate...he..he..he..
    pernah buat sendiri sekali jek dulu. buat byk. siap bakar kat kg..bestttt

    ReplyDelete