RESEPI

Lontong

8:10 AM


Assalamualaikum. Setiap kali lebaran, kuah lodeh mak adalah sesuatu hidangan yang memang dinanti-nanti. Adik beradik mel memang sudah terbiasa dari kecil. Ada menantu pun, tepi pinggan harus ada mangkuk lodeh. Kalau kaut masuk dalam mangkuk, semua berebut2 cari fucuk. hihi

Semalam tak tahu nak masak apa, jadi kami makan lontong dengan kuah lodeh resepi mak. Mel makan dengan serunding daging pasar payang. Sedap yooo. Memanglahhhh bertambah2!!

Lontong
Resepi: mel

Bahan A (kisar):

2 bj bawang merah
1sb udang kering
1 in lengkuas
1/2 in kunyit hidup

Bahan B: 
Minyak tumisan
1 batang serai - ketuk
50ml santan kotak + 50ml air - santan cair 
1 bj kentang - potong baji

Bahan C: 
50ml santan kotak - santan pekat
1 helai daun kunyit - ikat 
Sayuran - kobis, carrot, kacang panjang
1 batang cili merah 
1 batang cili hijau
5 bj cili padi
Fucuk, soon - rendam
Tauhu  - goreng dan potong dadu
Tempe  - potong dadu dan goreng
Garam
Air secukupnya

Bahan D:
Nasi impit 
Serunding daging
Sambal ikan bilis

Cara-caranya:
1. Pijarkan minyak. Tumis bahan A dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan bahan B yang lain. Biarkan hingga kentang empuk sedikit.
3. Kemudian masukkan semua bahan C. Gaul rata
4. Perasakan dengan garam.
5. Setelah mendidih, boleh dihidang dengan bahan D

You Might Also Like

3 comment

  1. suka lontong. kuning dia memikat. kalau pucat jek kurang berseri. nak2 dlm tu ada byk tempe...suka sgt

    ReplyDelete
  2. Waaaa...kecur akk tgk..dah lama x jmh lontong..

    ReplyDelete
  3. lontong , kuah lodeh makan lak dengan serunding memang terbaikkk.. sedappp! :))

    ReplyDelete