RESEPI

Kerabu Ulam

8:42 AM


Assalamualaikum. Balik kampung saja mesti seronok makan ulam-ulaman dengan keluarga. Makan pula dengan ikan keli goreng ke, keli panggang ke, memang bertambah nasi.

Balik itu hari sempat merasa kerabu ulam, air tangan bonda tercinta..Memang tak pandang kiri kanan dah makan. Ralit ratah kerabu dan lauk pauk. Mak masak memang sedap lah kan. Mana tak naik berat badannya bila balik kampung ha. Tapi mel tak kisah, badan mel nak naik berat punya susah tapi nak turun senang je. Jadi tak kisah makan banyak2. hihii

Kerabu Ulam
Resepi: mel

Bahan tumbuk:

4 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in biji cekur
10 bj cili padi


Bahan ulam (satukan):
1 cekak ulam selom - potong kasar
1 cekak ulam raja - potong kasar
1 mangkuk kecil taugeh

Bahan:
1 bj kelapa parut
Garam
Gula
1 biji limau kasturi - ambil jus


Cara:
1. Sangai kelapa parut hingga sedikit perang
2. Masukkan bahan tumbuk. Sangai dan kacau hingga sebati
3. Kemudian, masukkan bahan ulam. Gaul sebati
4. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau.
5. Hidang dengan nasi panas.

You Might Also Like

2 comment

  1. kerabu ulam memang best makan..selain sedap..sihat pula tu kan..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer kerabu.. tun paling malas nak menyangai kelapa tu.

    ReplyDelete