AYAM

Rendang Pedas Kg. Bongor untuk Tun Telani Sekeluarga

9:26 AM



Assalamualaikum. Alhamdulillah pertemuan sekali lagi dengan tun telani berjalan lancar. Walaupun ada sedikit kelewatan yang tak diduga. Meriah rumah mel hujung minggu kelmarin. Dapat jumpa harith yang makin bam..bam..bam..tapi masih botak.. Pastu mudah senyumm..Dan mesraaa camera. Nanti 2015 kawan dengan anak aunt pula ya. InsyaAllah. hihii..

Oleh kerana masa yang agak terbatas, jadi mel hidangkan rendang sahaja. Resepi rendang ni mel ambil dari group FB dari pos saudari lin tu. Gambar rendang dia sangatlah menarik perhatian nak buat. Nampak menyelerakan gitu. Macam biasa mel olah sikit. Ada yang mel tambah, ada yang mel tak letak. Tapi tak buat pedas sangat, khuatir tetamu tak boleh makan pula. Lain kali insyaAllah boleh buat berkuah lebih sikit dan tambah cili padi. Kasi pedas lagi. hihii


Rendang Pedas Kg. Bongor

Bahan-bahan:
1/3 ekor ayam - potong kecil
150ml santan kotak - ayam brand

4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - hilis halus
1 keping asam

1sb kerisik
1 bj limau kasturi - ambil jus

1 batang serai
1sk serbuk pati ayam 
1sb gula merah
Air secukupnya
Garam secukupnya

Bahan kisar:
1 batang serai
1in halia
1in lengkuas
1bj bawang besar
4bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1in belacan
1bj cili besar
7bj cili api
2sb cili kering - telah dikisar


Cara membuat:
1. Goreng ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan ayam. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan ayam. Gaul serata hingga ayam sebati dengan bahan tumisan. Masak seketika
4. Masukkan air, asam keping, daun limau purut. Reneh dalam api perlahan.
5. Setelah hampir pekat, masukkan kerisik, gula merah, jus limau dan serbuk pati ayam.
6. Kemudian perasakan dengan garam. Setelah semuanya seimbang dan mencapai kepekatan diingini, tabur daun kunyit
7. Hidang dengan nasi impit mahupun nasi panas.

You Might Also Like

2 comment

  1. mak sape laaa baju hijau tudung oren tu kan.. hahahaha.. teruk sungguh..
    lorr.. kiteorg dua org makan pedas kaw2 pon xpe, hehe.. hubby ai suka mkn rendang you tu, nnti ai nak buat lah..

    ps: blom berjaya beli cooking coklat lagi :( terkejar2 balik uni lambat xsempat nk singgah kedai takut terlambat amik bdk bam2 botak tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. pertama kali tgk buat rendang ayam kena goreng dulu ayam tu.
    thanks berkongsi

    ReplyDelete