Kek | Muffin

Kek Pisang Lembap

8:26 AM


Assalamualaikum. Sejak dah sihat ni, macam 'ter'rajin la nak turun ke dapur masak macam2. Oleh kerana pisang banyak di rumah ni, jadi buat kek pisang la kita ye.

Alhamdulillah kek pisang menggunakan resepi ni menjadi dengan sangatlah sedap dan lembab. Juga terdapat banyak urat2 pada kek seperti yang mel mahukan. Ada mel terjumpa di fb katanya kalau nak banyak urat2, lecek pisang dan biarkan selama 30 minit sebelum masuk dalam adunan. Jangan dikisar katanya. Mel lecek dan biar 15 minit je. Buatnya setengah adunan. Hari ketiga barulah habis kek ni tapi masih lembab dan lembut.

Kek Pisang Lembab
Sumber: Azie

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (mel guna pisang berangan + pisang emas)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis

1sk esen vanila

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

(Mel bakar 40 minit, 170C. 5 min terakhir mel bakar 150C)

You Might Also Like

3 comment

  1. Cantik dan mmg nmpk lembab tekstur kek tu..best ni bt breakfast jugak sambil minum teh..hihi :)

    ReplyDelete
  2. kek pisang mmg sdap dimakan.
    sya suka yg kukus
    lembap je bila makan

    ReplyDelete
  3. sedap nya...nak buat lagi la bila rajin

    ReplyDelete