RESEPI

Taugeh Tumis dengan Kucai

8:07 AM


Assalamualaikum. Kalau beli taugeh, mesti berlaku pembaziran. Taugeh jadi lembik dan tidak boleh dimakan. Kebiasaan mel masak lemak putih, tumis biasa, letak dalam popia atau mee/bihun goreng. Lain dari itu memang tak tahu nak guna untuk apa.

Teringat dulu masak belajar, ada hidangan sayur sebegini. Apalagi kita mulakan operasilah. Hidang saja depan hubby katanya 'Lama tak jumpa sayur ni'. Licin semangkuk makan malam tu. Sedap.Mel masak sekejap saja. Gaul2 sebentar dah matikan api. Sos tiram tu memang mel letak sikit. Sorang chef pernah kata, jangan letak banyak2 sos masa masak kalau sos bukan raja hidangan itu. Supaya rasa sos tidak melebihi rasa hidangan itu. Selamat mencuba

Taugeh Tumis dengan Kucai
Resepi: mel

Bahan-bahan:
1 mangkuk taugeh
4 ekor udang harimau
1 batang daun kucai

Sedikit lobak
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili besar - hiris

1 sk sos tiram
Air
Garam
Minyak

Kaedah:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng sebentar udang hingga 1/2 masak.Ketepikan
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan hiris hingga kekuningan.
3. Masukkan sos tiram, udang dan sedikit air.
4. Kuatkan api. Masukkan lobak, taugeh, kucai dan garam. Gaul serata dan matikan api.
5. Angkat. Jangan masak terlalu lama hingga menghilangkan kerangupan taugeh.
6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

You Might Also Like

0 comment