BISKUT

Tart Gulung

7:19 AM


Assalam. Menjengah minggu kedua Aidilfitri. Masih penuh jadual rumah terbuka? Jangan lupa ya puasa sunat Syawal. Terutamanya bagi para wanita. Sebulan tak lama mana. Tup..tup baru nak memulakan maraton puasa sunat, dah period pula kan. Yang kena qadha puasa Ramadan tu, kena dahulukan yang wajib!. Jangan tunggu Syaaban akan datang pula baru nak ganti. Mati bila2 boleh jemput. Ubah sikap ke arah lebih baik.

Untuk penjelasan puasa Qadha atau puasa sunat dahulu, bolehlah rujuk link ya > Ustaz

Masih dalam mood raya, jadi resepi kuih raya lagi. Tart nenas kegemaran hubby. Sampai sekarang duk meratah saja. Sedap hasil kejadian tart nenas guna resepi ni. InsyaAllah tahun depan buat lagi. Itupun kalau rajin. Jenuh sangatttt membuatnya. Dari tengahari hampir membawa ke waktu berbuka baru siap..uhuu

Tart Gulung
Sumber: Cik Z

Bahan-Bahan:
1 cawan marjerin planta
1/2 cawan gula halus/castor
1 biji kuning telur gred A
Sedikit perisa Vanilla
1 cawan tepung kastard
2/3 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya (ayak dulu)
jem nanas
1 biji kuning telur gred A + pewarna kuning telur untuk sapuan akhir

Cara membuatnya:
1. Satukan marjerin+gula+telur dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan sedikit perisa Vanilla
3. Masukkan tepung kastard + tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum secukupnya. Uli sehingga menjadi doh.
5. Gulunglah tart mengikut keselesaan anda.
6. Sapu kuning telur diatasnya.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit/sehingga masak.

Anggaran:
130-140 biji tart gulung

You Might Also Like

5 comment

  1. lama kan masa yg diambil..
    tapi kalau buat demi yg tersayang oke je kan.. hihi..
    salam 10 syawal mel :)

    ReplyDelete
  2. Menarik je nmpk ni...adunan dia ok tak Mel? Kadang ada stngah2 adunan tu...dia repoi..pegang kuat sikit dah pecah...x sempat smpi mulut pun...

    ReplyDelete
  3. [ asyifa mustaffa ] - yg mel buat ni memang tak hancur kak. Masuk mulut, lembut dan cair je. Sampai sekarang masih sedap.Tak lemau.Hubby mel memang hantu tart nenas. Untuk tart gulung ni dia kata 'menepati yg dia nak'. Gituu ^^

    ReplyDelete
  4. wah, wana pun suka sangat makan tat nanas gulung ni mel..sedap!!

    ReplyDelete
  5. sy penah buat sekali jek...tobat lom buat lagi. tiap2 thn order kat kakak sy jek

    ReplyDelete