Syawal di Perantauan

9:07 AM


Assalamualaikum

Bagaimana syawal anda? Seronok? Meriah?
Masih ada di kampung?

Ke tak balik beraya macam mel juga? sob..sob..sob..

Untuk kali pertama dalam hidup, tak balik beraya. 
Tapi tak mengapa, dapat merasa kelainan beraya di tempat orang.
Kalau tanya nak merasa lagi x? No..no..no..nooo..akan ku usaha balik kampung juga next year!! uhuu

Kami bertandang ke rumah orang pada hari raya pertama sahaja. Masuk hari kedua, hujan lebat. Jadi duduk di rumah tunggu tetamu datang. Syawal ke 3 pula hubby dah kerja. Adalah beberapa orang tempatan yang pulang ke kampung petang raya pertama. Juga cikgu2 Semenanjung yang tak pulang beraya. Jadi dapatlah kami merasa hidangan semenanjung dan warga tempatan. Yang lain adalah pekerja2 negara seberang.

Kelainan yang paling utama berbanding semenanjung adalah kek lapis. Setiap rumah yang kami kunjungi wajib ada kek lapis. Macam2 jenis, macam2 warna. Sendiri buat punya. (Sebelum pindah kena belajo buat ni). Rasanya memang sedap sama macam kedai.



Untuk warga tempatan yang kami kunjungi, tiada apa sangat kelainan. Macam biasa lemang, ketupat, lodeh, nasi impit dll yang biasa dijumpai di Semenanjung. 

Beraya di rumah bekas pembantu rumah mel juga. Orang sambas. Mereka ni kalau aidilfitri memang tiada menjamu lauk pauk, ketupat semua, cuma ada kuih muih dan kek lapis sahaja. Memang lainlah dengan kita orang Malaysia.

Ada satu rumah orang Bugis, kami jumpa satu hidangan bernama Buras. Kalau kat tekak mel rasa macam pulut kukus gitu. Lagi satu tiada dalam gambar adalah kelupis. Lebih kurang adik beradik dia juga. 

Namun lemang tetap menjadi pujaannn hati mel..
Yang paling istimewa dapat makan rendang kerbau yang sangatlah sedap dari satu rumah ni.
Lain kali jumpa tuan rumah boleh kenen-kenen minta resepi.



Ini pekerja hubby.
Mereka ramai2 jalan kaki pusing semua kawasan perumahan
Macam baraan gitu.

Jadi itu saja cerita mel dari perantauan bumi kenyalang ni
Sederhana sahaja. Baju raya pun guna yang tahun lepas sahaja.
Yang akan pulang bekerja, semoga lancarlah segala yang anda rancangkan
Berhati2 di jalan raya

Ampun maaf dipinta dari mel sekeluarga
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H

You Might Also Like

3 comment

  1. Alahai ciannya Mel..sabor ja la..tp, x pa la kan..dpt lihat sambutan di tempat org kan..

    ReplyDelete
  2. Akak pun beraya kat rumah jer....tunggu hubby sampai dari turkmenistan pagi raya tu. Tengahhari baru sampai. Petang baru balik kampung ......

    ReplyDelete
  3. Pengalaman tu Mel...ssh kadang nk tau tmpt lain beraya mcm mana..tp apa pun...kg kita juga yg best kan..:)

    Pernah bca pasal raya di borneo ni...kalau kita kat smnnjung...kuih / biskut raya berbalang balang atas meja kan....tp disana mereka lg bangga dgn kek lapis mereka yg berjenis jenis atas meja...mcm2 kaler n bentuk...camtu la klau x silap baca la....tu sebab srwak meriah dgn kek lapis agaknya...

    ReplyDelete