RESEPI

Rojak Mee Kuah Pasembur

12:58 PM



Assalamualaikum. Ramadan tahun ni mel hanya masak hidangan nasi sekali sahaja, masa sahur. Atas permintaan hubby gitu. Kedai ke, bazar ke memang tiada. Jadi takut muak makan nasi. Alhamdulillah masih bertahan lagi. Cuma kena fikir idea2 hidangan yang agak berat untuk berbuka di samping kuih muih.

Salah satu hidangan yang sesuai untuk berbuka, rojak mee. Mel pernah buat dulu pasembur ni dulu. Cuma kali ni lengkap dengan cucur udang. Cucur udang yang sangat gebu dan sedap. Akan up entry lain nanti untuknya. Kuah pasembur ni pada tekak mel sedap dibuat pedas sikit. Mel tambah nasi impit sikit agar lebih kenyang dimakan. Selamat mencuba


Rojak Mee Kuah Pasembur
Sumber: UJ

Bahannya:
1/2 kilo keledek ( seelokkya keledek kuning)*
125 gm udang ( lagi sedap udang yang kecil tu)*
125 gm kacang tanah digoreng ( klu nak senang gaul kacang dgn sedikit myk dan goreng)*
10 ~ 15 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan )*
3 ulas bwg putih*
2 bj bwg besar( klu guna bwg kecil dalam 15~20 bj)*
2 sdu bsr asam jawa yang tlh diperah dgn 1/2 air tapis
1/2 cwn gula ( klu x suka manis bole kurangkan)
sedikit garam
5~ 8 keping biskur marie direndam dgn sedikit air putih.

Cara:
1. Goreng cili kering,bwg besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dgn sdikit myk.Bila dah layu angkat.ketepikan.
2. Rebus keledek.Bila dah empuk kisar bhn bertanda* keledek,udang,bawang putih,bwg bsr,cili kering dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat.
3. Add dalam periuk bersama 4 cwn air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut tahap kecairan yang dikehendaki )
4. Bila dah mendidih addkan air asam jawa tadi. Tambahkan juga gula dan garam.Kalau rata sehingga kedasar periuk.
5. Bila dah seimbang kesemua rasanya addkan biskur marie yang telah direndam tadi.Masak lagi sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk.Jika menggunakan keledek yang berwarna putih dan kuahnya agak pucat boleh tambahkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau rata.( macam kuah mamak tu ade kaler oren)
6. Bila semua rasa dah seimbang bolelah diangkat.

Bahan sampingan:
Mee kuning dicelur sedikit
Tauhu digoreng
taugeh dicelur sedikit
timun dihiris
sengkuang dihiris
sedikit cucur udang

nasi impit - mel tambah

You Might Also Like

4 comment

  1. Alhamdulillah...sedap nampak Mel...:)

    ReplyDelete
  2. Good idea nti blh try. Klau mamak ada yg ltak ayam....

    ReplyDelete
  3. sedapnya mel.
    simple je ni. bahan semua ada tapi agak renyah sbb byk kuali nak digunakan. dgn air tak da ni.adoiii ..

    ReplyDelete