بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Sekejap je dah hujung minggu. Seronok!! Seronok bukan sebab dapat rehat tapi seronok yang lain. Memanglah umur bertambah setiap hari tapi yang bestnya tempoh masa duduk sini dah tak lama. Dalam erti kata lain hari nak pindah tu makin dekat..Woooo...tak sabar.. Perasaan bila dapat tahu pindah ke tempat lain tu memang sukar digambarkan. Harap dapat pindah ke tempat lebih baik. Boleh gitu? ^^
Aku ni memang penggemar setia tauhu especially tauhu goreng. Ada satu hari tu, punyalah teringin nak makan tauhu goreng bersama dengan rojak. Gigihkan tangan menggoogle resepi istimewa pelbagai jenis rojak. Ada yang tulis pasembor, ada yang tulis rojak mamak, tak tahulah benda yang sama atau tak. Hasil dari resepi ni aku bertambah 3 kali dah menghabiskan semua rojak yang aku buat hari tu sekaligus. Sedap sangat kuah rojak resepi ni. Penambahan biskut marie memang memberi satu rasa yang lain pada kuahnya. Memang banyak nak kena baca dan perhati resepinya tapi memang berbaloi! Aku buat terlebih pedas sebab guna cili kering tapi disebabkan kesedapan kuahnya, jadi ku layan saja pedas2 pun. Aku masak kuahnya lama sikit jadi tak la aku sakit perut hari tu..hihihi
Kuah Pasembor/Rojak Mamak
Oleh: Norzie hany
Bahan2 Pasembor:
1 biji cucur kelapa - potong
1 biji cucur udang - potong
1 biji tauhu - potong
1/2 biji timun dan sengkuang
Kentang rebus - potong kecil
Telur rebus
Tauge celur-jika suka
Mee celur - jika suka
Bahan Untuk Kuah:
100gm kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
20gm serbuk cili - aku ganti 2sb cili kering kisar
125gm gula merah/gula melaka
100gm gula pasir
1 helai daun pandan - simpul
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil garam
50gm biskut marie - kisar
1 liter air
Cara membuat kuah rojak:
1. Didihkan air di dalam periuk bersama daun pandan dan serai.
2. Masukkan serbuk cili dan biarkan masak.
3. Masukkan gula merah,gula pasir dan kacang tanah,kacau hingga sebati.
4. Perasakan dengan garam dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan biskut marie untuk memekatkan kuah. Bila sudah masak angkat dan hidangkan.

Cucur Udang Untuk Pasembor Atau Rojak Mamak
Oleh: Norzie hany
Sumber:http://balannambiar.wordpress.com/
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm)(akak letak 11/2 cawan)
1 cawan tepung beras
3 sudu besar (tbsp)tepung jagung
3 sudu besar (tbsp)kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.
*Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang,tauge,kucai,bawang atau cili hidup.Kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia di guna untuk"resepi pasembor".Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan rengup.kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi sepert kueh tempeyek.
**Cucur kelapa aku tak buat. Kelapa takde. Cucur udang tu aku bancuh adunan tepung guna resepi ni lepas tu baru aku masukkan daun kucai, bawang dan cili. Udang juga dimasukkan ikut kaedah di bawah. Hasilnya kulit luar memang rangup tapi dalam lembut je. Memang sedap!
Cara membuatnya:
1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dan garam serata. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung. Bancuh tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.
2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.
4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.
5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.
6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali. Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.
7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.
8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan

0 comment