بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kejadian berlaku dalam perjalanan pulang ke Johor sejurus habis practical training di KL.
Tahunnya 2006. Aku menaiki motor, ayahku menaiki kereta. Kami bukan orang berada, cukuplah motor sebagai kenderaan di zaman universitiku. Ada orang tak mampu nak beli basikal sekalipun, jadi aku kenalah bersyukur diberikan sekurang2nya motor untuk bergerak ke sana ke mari. Itupun dah cukup bagi ku.
Pulangku hanya ayah yang mengiringi.
Berhenti sebentar di salah sebuah hentian sebelah di kawasan N9 lebih kurang jam 1 petang.
Dengan niat berehat sebentar untuk membiarkan tayar motor sejuk sedikit agar tidak ada sebarang masalah yang timbul kelak. Setelah melepaskan hajat di tandas, melihat ayah bersama seseorang yang tidak dikenali.
Duduk bersamanya seorang perempuan muda.
Kisahnya,
Kedua-dua suami isteri ni dalam perjalanan dari Sepang menuju ke Melaka dengan niat bertemu anak yang dijaga oleh ibu. Masih muda keduanya, 20 tahun. Bila ku tanya kenapa ibu yang jaga anak, jawabnya tidak punya wang untuk membela anak. Sebulan 1 atau 2 kali sahaja dapat berjumpa anaknya. Tidak dapat meneruskan perjalanan kerana motor yang dinaiki bocor terkena paku. Bocor pula bukan sedikit tetapi putus terus tiub dalam hingga terkeluar dari tayar dek kerana masih meneruskan perjalanan walaupun tayar telah bocor. Perjalanan masih berbaki 1-2 jam. Duit yang ada hanya RM6, masih belum makan sejak awal pagi. Hanya duduk di situ kerana buntu tidak punya wang mahupun idea menyelesaikan masalah. Berpatah balik mahupun meneruskan perjalanan kedua-duanya tidak mungkin.
Pilu hatiku mendengar cerita.
Aku pernah alami tayar pancit banyak kali. Tapi hanya ada sekali je aku tak tahu nak minta tolong sape. Nasib baik ada orang sanggup pinjamkan hp untuk aku hubungi saudaraku. Jadi aku paham sangat perasaan pasangan ini lebih2 lagi mereka tidak punya wang.
Sedaya upaya cuba memahami dan membantu.
Ayahku menampal tayar yang bocor tanpa sebarang bahan yang cukup.
Alat membaiki ada sebab memang aku bawa semasa di KL tapi tiub dalam tiada.
Jadi menggunakan kepakaran ayahku yang ada, dapatlah membaiki sedikit.
InshaAllah ayahku kata dapatlah sampai di Melaka.
Siap semuanya, kami mohon diri berundur meneruskan perjalanan.
Bersiap sediaku nak memakai topi keledar,si isteri datang menghulurkan handphone nokia 3310.
'Saya tak ada duit nak bagi tapi ambillah hp ni. Tak mahal tapi bolehlah balas jasa akak dengan ayah akak'
Balasku 'Takpela, kita sesama Islam, sesama Melayu. Doakan saja perjalanan kami selamat ya'
Setelah menolak berulang kali, begitu juga ayahku, meyakinkan mereka tidak mengapa jasa itu tidak dibalas, barulah keduanya berundur.
Alhamdulillah kami pulang dengan selamat dan sampai di rumah jam 5 petang hari tu.
Sampai kini aku masih ingat muka si isteri itu.
Masih segar kejadian itu walaupun dah bertahun. Setiap inci mahupun apa yang kami bualkan, masih kuiingat.
Salah satu pengalaman yang mengajarku erti kehidupan.
Sebab itu dengan dekatkan diri dengan orang susah, orang miskin kita akan belajar tentang erti nikmat dan syukur. Kita belajar erti cukuplah apa yang Allah bagi. Ada orang lagi susah dari kita. Kalau tak rasa bersyukur dengan apa yang ada takut nanti Allah tarik semuanya.
Kalau hati sentiasa melihat orang kaya, takut-takut kita kufur dan mempersoalkan apa yang Allah beri. Kenapa dia ada kereta mewah tapi kita takde, kenapa dia ada duit banyak tapi kita takde. Takut mengundang kemurkaan Allah.
Cuma itulah, pada saat itu aku langsung tak terfikir nak minta no tel mahupun alamat.
Doaku moga Allah pertemukan kami lagi agar silaturrahim dapat dijalinkan.
Kalaulah ada sesiapa samada ahli keluarga pasangan terbabit, silalah hubungi aku, teringin aku berjumpa mereka semula. Semoga hidup keduanya lebih baik.
2 comment
hakak orang yg mudah jatuh air mata. baca ni pun jatuh berkepuk. Terima kasih atas peringatan yang baik..semoga kalian dipertemukan kembali..tidak didunia, diakhirat nanti. Amin.
ReplyDeleteInshaa Allah. Amin
ReplyDelete