KUIH

Pisang Goreng Sama Macam Kedai!

11:26 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dua hari lepas borak-borak dengan mak aku di kampung. Katanya rakan yang dekat dengan rumah aku tu putus tunang. Padahal dah ditetapkan nak kahwin pada bulan Jun tahun ni, tapi apakan daya, jodoh tiada. Semuanya gara-gara si lelaki jenis minta duit saja. Alhamdulillah belum kahwin dah nampak keburukan, kalau dah nikah nak tak nak kena terima baik buruk. Ku doa agar dia tabah hadapi dugaan yang kecil ini. Sebab itu apa jua keputusan, nak kahwin terutamanya mintalah petunjuk dari Allah. Solat istikharah minta petunjuk sebab kita ni tak tahu isi hati orang. Luar mungkin nampak baik, tapi dalaman hanya Allah s.w.t yang tahu.

Aku dah buat banyak kali guna bancuhan tepung gorengan kak hana ni. Selalunya aku goreng pisang tanduk kegemaran guna batter ni. Memang sangat sedap. Hari tu ku hidang pada hubby, katanya 'Sama macam kedai'. Ha ko, bila masak sama macam kedai memang seronok saja makan. Lagi2 resepi ni memang ambil dari makcik goreng pisang kan, mau tak sedapnya. Ditambah pula cicah dengan kicap cili.. Memang laju makan, siap tak cukup nak goreng second round.. kehkehkeh..

RESEPI BATTER GORENG PISANG
resepi oleh : hanamemories

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 biji telur - size kecil
1 sk gula
1/4 sudu kecil air kapur - jgn terlebih nanti pahit
serbuk kunyit @ pewarna kuning
1 cawan air
garam
keledek atau pisang atau pilihan yang disukai

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali keledek@pisang ke dalam blender. Blend lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu panaskan minyak.
Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan. Goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan. Sedia dihidang.


You Might Also Like

3 comment

  1. mama tun pun wat batter mcm ni jugakk bila goreng pisang.. sedap!

    ReplyDelete
  2. kalau kena ngan teh panas2 lagi la sempoinya...he he he

    ReplyDelete