KUDAPAN

Wantan Ayam Goreng

8:43 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah..
Pagi ni hujan lebat sejak jam 6.30 lagi sampaila sekarang masih lebat. Sejuk rasanya pagi-pagi ni.
Tapi kecewa tak dapat menonton sambungan rancangan 30 Minit Ustaz Don dengan topik perbincangan Nabi Muhamad s.a.w. Akan ku usahakan cari juga videonya nanti.

Hubby pula tiada, berkursus di Pulau Carey sekali lagi. Tengahari nanti masaknya ala kadar sajalah nampaknya. Petang semalam menjamu hubby dengan wantan ayam goreng ni. Senang nak buat guna kulit wantan ni, letak air saja dah melekat. Sedap betul intinya! Sedap dibuat kudapan. Tonton tv tak sedar pinggan dah licin.. hihi. Lama dah nak buat sejak tun post dulu tapi kulit wantannya tak ketemu. Jodohnya tiada. Minggu lepas shopping baru terjumpa.. Mungkin masa kami shopping minggu lepas tu, stok makanan baru dibawa masuk kot. Syukur alhamdulillah

Wantan Ayam Goreng
resepi: chef sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
sumber: tun telani

Bahan2:-
1 peket kulit wantan
200 g isi ayam- kisar - mel ganti ayam kisar ayamas
100 g isi udang - dadu
1/2 bj bawang besar- cincang halus
2 tsp tepung jagung
1 tsp minyak bijan - mel guna minyak biasa
3 sudu makan kicap cair - mel ganti kicap manis
1/2 tsp lada sulah - tun letak serbuk lada hitam
1 btg carrot - sagat - tun tambah
1 cwn kobis sagat - tun tambah
garam secukup rasa



Cara2:-
1. Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
2. letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
3. Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.

You Might Also Like

3 comment

  1. Alahai comeinya wantan ni...tgk pun sedap... mesti try plak la pasni...

    ReplyDelete
  2. memang kena try kak. Sedap ni ^^

    ReplyDelete
  3. Salam mel ^^ tun pulak dh 2minggu kulit wantan tu duk dalam peti. haha... kerajinan nk duk bungkus satu2 tu kurang sket. hihi...

    ReplyDelete