RESEPI

Homemade Seri Kaya...so good!

8:10 AM


Assalamualaikum. Baru lepas menyiram pokok, tetiba langit gelap dan hujan turun dengan lebatnya. Syukur alhamdulillah. Minggu lepas baru selesai menanam kangkung dan bayam, harapnya dengan kehadiran hujan ni, dapatlah membesar dengan baik.

Selain dari menanam untuk penjimatan, buat serikaya pun menjimatkan. Bahan2nya memang sentiasa ada di rumah. Biasa beli setin kecil dalam 2-3 ringgit lebih kot. Tapi kalau buat sendiri, memang lagi dapat banyak. Tak sangka terhasil juga serikaya air tangan sendiri. Sangatlah sedap. Rasa penuh lemak dan kaya dari yang beli punya. Memang tak rugi mencuba!


Homemade Seri Kaya
Sumber: ABM

Bahan-bahan:

Seri Kaya
4 biji kuning telur saiz besar
300ml pati santan segar - mel guna santan kotak
200g gula kastor
2 helai daun pandan disimpul
garam secukup rasa

Caramel
60g gula pasir
130ml air

Cara-cara:

Caramel
1. Didalam periuk kecil, masukkan gula. Biarkan gula menjadi karamel keperangan. Jangan terlalu hitam sangat ya. Nanti pahit pulak.
2. Kecilkan api dan dengan segera masukkan air kedalamnya. PASTIKAN anda jauh sikit dari dapur ketika masukkan air kedalam periuk berisi karamel kerana karamel memercik. HATI HATI ya!

Seri Kaya
1. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan gula, Kacau sebati. Masukkan pula garam dan pati santan. Kacau sehingga gula larut.
2. Dengan perlahan, masukkan air karamel yang panas tadi kedalam bekas berisi adunan santan. Masukkan sambil mengacau adunan. Nanti berketul pulak.
3. Nak selamat, tapiskan adunan dan masukkan kembali kedalam periuk.
4. Gunakan api sederhana. Gunakan senduk kayu dan kacau adunan sehingga menjadi seperti kastard. Ketika ini, adunan akan berbuih dan pekat.
5. Kecilkan api dan teruskan mengacau. Buih2 pada adunan akan mulai hilang dan adunan semakin licin dan berkilat. Tapi masih belum likat dan pekat. Teruskan mengacau lebih kurang 45-60minit.
6. Adunan akan semakin likat dan berkilat. Jika dah pekat bagi anda, matikan api. Adunan akan menjadi lebih likat ketika sejuk.
7. Sementara tunggu adunan likat, bekas kaca untuk seri kaya hendaklah direbus dengan air panas. Ini untuk menjadikan seri kaya lebih tahan lama. Rebus bekas dengan penutupnya. Kemudian, keringkan. Barulah boleh dimasukkan seri kaya yang dah siap tadi kedalamnya.
8. Jika seri kaya sudah berada pada suhu bilik, boleh lah dimasukkan kedalam peti ais untuk jangka hayat lebih lama.

You Might Also Like

5 comment

  1. Da macam rupa yg beli punya ni....dijamin halal dan bersih kan Mel...:)

    ReplyDelete
  2. ITU LE .. SEKRG NI SUMA MAKANAN DAH JADI WAS2.. BETTER KITA WAT HOMEMADE KANN.. HALAL LG BERSIH..

    ReplyDelete
  3. Bagus .....nanti akak nak cuba. Tq mel

    ReplyDelete
  4. dulu2 teringin jugak nak buat...lama betul KIV impian ni.
    Nampak sedap & menyelerakan la kaya tu mel...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mel...dulu kak fiza pernah buat kaya ni...tp x jd...x tau silap kat mana x jadi...huhuhu...kak fiza ambik na resepi ni...nanti nak cuba...tks...

    ReplyDelete