Assalamualaikum. Ramadan semakin dekat. Dalam 10 hari lagi. Semoga dipanjangkan umur kita untuk bertemunya. Apakah persediaan anda? Sudah merancang aktiviti yang terbaik untuk diri dan keluarga? Semoga yagn dirancangkan berjalan lancar. insyaAllah
Mel sekarang berusaha buat kuih muih atau lauk untuk di frozenkan. Senang untuk bulan ramadan nanti. Lagi2 bagi isteri yang bekerja atau yang kesuntukan waktu untuk penyediaan juadah sahur atau berbuka. Buatnya tak banyak sebab esbok penuh sangat, jadi mana yang ada saja. Pau bagus ni memang sedap. Intinya guna serikaya yang mel buat itu hari.
Setelah perap kedua2 doh, mel masukkan dalam breadmaker. Sambil kemas2 dapur, mel biar diuli dalam bm sebentar. Alhamdulillah membesar dengan jayanya. Hasilnya sangatlah lembut.. Memang sesuai namanya pau bagus. Memang bagus! Alhamdulillah
PAU BAGUS
Sumber: Mas
Sponge (A)
250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air
Bahan (B)
250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powde
5 g garam
30g shortening
125g air
Inti - ikut citarasa secukupnya
Cara membuat:
Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.
Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.
Tips:
Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau.
Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.

5 comment
lau wat roti guna teknik sponge ni mmg lembut giler... tahan 2-3 ari lembutnya... pinjam resepi ekk.. nak wat kat umah.. lama dah x wat pau...
ReplyDeletesalam mel..
ReplyDeletecantik dan gebu pau tu..bagus idea buat kuih frozen ni kan..memudahkan kerja..
Oh...Mel guna BM ya...gebus tu...tingin juga nak cri gajet gini...nnti2 la kan bila2 ada rezki...
ReplyDeleteCantil prmukaan pau...mulus gitu!!
assalam mel...wow...montel pau bagus dia...akak pun dah lama x main uli2 pau..tp mel pkai breadmaker ye..
ReplyDeleteMel akak baru buat karipap jer. Hihihi tapi nti dah plan macam2 nak buat bulan puasa.
ReplyDelete