TIPS

Tips | Kalau Aku Kaya

1:54 PM


Assalamualaikum. Kewangan anda, terkawal kah? Diurus tadbir dengan baikkah? Cukupkah perbelanjaan setiap bulan?Atau hujung bulan tiada baki langsung? Tahukah anda 25% orang yang datang ke AKPK atas sebab lemahnya pengurusan kewangan? Anda bagaimana?

Catatan perbelanjaan
Setiap bulan, anda catat atau tidak keluar masuk duit anda? Atau main congak2 saja? Segala pendapatan dan pebelanjaan, lihat ke mana wang anda pergi. Senaraikanlah apa yang anda belanja. Kadang2 kita tidak sedar, ada bahagian yang terlebih belanja. Mel memang amalkan mencatat. Dapat gaji saja terus buat akaun baru sebelum apa2 jua transaksi atau pembayaran dilakukan. Jadi ada banyak buku akaun sekarang..senang nak rujuk. uhuu

Doktor Kewangan
      - Nisbah kewangan
      - Nisbah hutang
Nisbah hutang lebih mudah untuk dikira. Lihat saja hutang kereta dan hutang rumah anda. Kalau gaji RM2000, hutang kereta RM600 (30%), hutang rumah RM800 (40%), jadi hutang sahaja dah 70% dari gaji. Bagaimana nak hidup dengan baki 30% lagi? Jadi berhutanglah sepadan dengan gaji anda.

Simbol kekayaan
- Kereta
Mel pernah ditanya 'Suami pakai kereta apa'? Secara tak langsung kita tahu si pengaju soalan adalah jenis orang yang melihat kekayaan berdasarkan kereta. Kebanyakan dari kita berfikiran dengan memakai kereta mahal dan berjenama adalah simbol kekayaan. Punca utama kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu sendiri muflis atas sebab suka tukar kereta. Jauhilah pemikiran sebegini. Jangan ambil loan kereta jika tidak mampu membayar dalam tempoh 5 tahun. Jangan lebih 30% dari gaji untuk pinjaman kereta.

- Makan di luar
Ramai antara kita gemar untuk makan di luar. Bukan tidak boleh tetapi sebaiknya dikurangkan, mungkin dari 4 kali seminggu kepada sekali sahaja makan di luar. Kalau boleh masak sendiri. Ambil keberkatan masak sendiri. Ada juga yang makan di tempat2 mahal semata untuk menunjuk. Kadang2 media sosial juga mempengaruhi. Contohnya orang pamer coconut shake, mee udang ke, cendol ke, semua orang pun nak ke tempat yang sama. Untuk apa? Untuk kepuasan dan didorong oleh nafsu agar orang melihat kita kaya pergi tempat2 begitu walhal tidak mampu. Itu belum dikira kos perjalanan, akhirnya menipiskan poket sahaja. Jika outing sekeluarga sekali sekala tidak mengapa. Kebiasaannya kita makan di luar, di tempat2 yang dimiliki orang bukan Islam, secara tidak langsung kita membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pelajar.
Kalau ibubapa mampu, elakkan dari terlibat dengan pinjaman PTPTN. Sebaiknya gunalah duit sendiri. Pelajar mahupun yang baru graduasi, elakkan dari membuat loan kereta atau apa2 jua loan. Anda tidak mempunyai kewangan tetap. Biasanya yang baru bekerja, akan didekati oleh institusi yang menawarkan pelbagai insuran atau pinjaman. Bila duit banyak, jadi gelap mata. Tidak sedar dengan buat loan seawal mula bekerja akan merosakkan kedudukan kewangan anda di masa hadapan.

Pelaburan.
- Pelaburan wang
Amalkan BDAD ( Bayar Diri Anda Dahulu). Dapat2 saja gaji terus masukkan ke dalam institusi yang tiada ATM seperti Tabung Haji contohnya. Dalam erti kata lain, kita selamatkan wang kita dulu. Jika anda tiada hutang, invest setinggi mungkin, barangkali 30% dari gaji anda. Lebih senang buat auto debit. Lagi2 kalau punya sikap yang suka berbelanja tak ikut aturan sepatutnya. Duit untuk simpanan tapi dibelanja untuk tempat lain. Laburlah di tempat2 seperti Tabung Haji, Public Mutual, AHB, KPF dan sebagainya.

- Pelaburan emas
Biasa kita dengar, nak beli emas la, nanti saat mendesak boleh pajak. Cuba fikir, kita beli emas dengan harga 1k contohnya. Bila saat mendesak, nak jual balik, dapat tak nilai 1k kembali? Tak dapat bukan? Melabur emas fizikal juga ada, tetapi kebanyakan masyarakat kalau boleh nak ditunjuk juga.


Simpanan
Istiqamahlah dalam menyimpan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Contohnya tiap2 bulan simpan RM400. Bila kerja dah 30 tahun, maka bila umur 55 tahun dah jadi RM144k. Kalau ada bonus/dividen, janganlah dikeluarkan langsung. Biarlah ia bercambah. Ada antara kita bila tengok bonus banyak, nak dibelanja walhal tiada perkara mendesak pun.

Pinjaman
Institusi kewangan gemar membuat tawaran kepada kakitangan awam, sebab potongan gaji melalui ANGKASA. Mereka ini kumpulan yang tidak boleh diberhentikan kerja tetapi berisiko dan banyak muflis. Jangan tinggikan hutang anda. Ada yang overlap pinjaman. Satu pinjaman tak habis bayar, ambil lagi satu pinjaman. Kata orang 'gali lubang, tutup lubang'.

Zakat dan ibu bapa
Keberkatan itu penting. Lunaskan zakat anda. 2.5 % dari gaji anda sahaja. Pemberian kepada ibubapa juga perlu. Berapa perlu diberi kepada ibubapa? Takkan kita nak samakan ibubapa dengan penerima zakat? Sebaiknya berilah 5-10% dari gaji anda. Ia akan membawa perubahan yang besar kepada hidup anda.

Insuran
Ambillah perlindungan, takaful pendidikan dan sebagainya yang anda mampu. Ia membawa nilai yang besar jika anda terdesak. Jika sesuatu berlaku, waris punya wang. Tabunglah sekarang. 

CCRIS dan CTOS
Jika boleh, pergilah ke bank negara dan dapatkan penyata kewangan terkini anda. Kalau tertera 5 ke 6 ke bermakna hutang anda, lepas 5 atau 6 bulan baru bayar. Tapi kalau tertera 0 bermakna anda bayar setiap bulan. Takdelah nanti nak beli rumah ke, nak buat loan ape ke, tetiba marah sebab nama disenaraihitamkan walhal salah sendiri.

Pembangunan ummah
Jika anda ada simpanan contohnya 1juta. Berikan sedikit kepada pembangunan ummah seperti wasiatkan 30% dan selebihnya untuk keluarga dan anak2. Ajarkan dan berilah ilmu kepada keluarga tentang pengurusan kewangan. Agar bila kita bagi 700k pun cukup, 1k pun cukup. Kalau tak diberikan ilmu, belum tentu kita bagi 1 billion pun memadai untuk mereka. 

Terlewat
Jika sudah lanjut usia, anda harus meneliti simpanan anda. Berapa jumlah simpanan anda sekarang? Contoh 30k. Berapa perbelanjaan anda sebulan? Contoh 3k. Jadi tanpa pendapatan atau sumber kewangan, anda dapat bertahan selama 10 bulan sahaja menggunakan simpanan yang ada. Jika kiraan anda kurang dari satu, contohnya simpanan ada RM300 sahaja. Perbelanjaan sebulan adalah 1k. Bermakna kiraan tabungan anda adalah 0.3. Dalam erti kata lain simpanan ini bertahan selama 9 hari sahaja. Ini bermakna anda tergolong dalam kewangan ICU. Kurangkan perbelanjaan, banyakkan simpanan, jangan terikut2 dengan orang.


Sumber:-
Fikrah TV1 | Kalau Aku Kaya
Hajah Rohani | Perunding Kewangan Islam

Berubahlah sekarang! Sebaiknya pergilah seminar kewangan Islam atau dapatkan mentor dalam menguruskan kewangan anda. Carilah bahan bacaan yang meningkatkan ilmu pengetahuan anda. Boleh dapatkan buku perunding kewangan ini di kedai buku berhampiran.

Buku:
Cukupkah Wang Anda?
Bijak Mengurus Wang
Ke Mana Wang Anda?: Anda tidak Pernah Cukup Wang? Barangkali Anda Perlu Pertimbangkan Soal 'Berkat'

#Ada ayat yang mel tambah sendiri mengikut pemahaman mel, agar pembaca lebih memahami tapi tidak menyimpang dari info sebenar yang disampaikan oleh hajjah. wallahua'lam

You Might Also Like

1 comment

  1. bagus tip ni.
    dulu masa kat asrama jek rajin buat. baru kawen pon sama...skrg tak buat pulak...

    ReplyDelete