RESEPI

Colek Pauh

8:48 AM


Assalamualaikum. Pagi2 mel tayang menu buat orang teringin. Sorry la ye, kang petang internet superrr lembap, jadi terpaksa update di waktu pagi. Tengok rumah orang ada pokok mangga, jeles benar mel. Meriah dengan buah berjuntai2an. Pandang pokok pun boleh buat kecur air liur. Tapi biasanya kalau rumah sendiri ada pokoknya, tak terjamah pun. Belakang rumah ada dua pokoknya. Baru tanam masa pindah sini, jadi masih baby gitu. Tinggi pun baru paras lutut. Memang lambattt lagi nak berbuah. uhuu

Resepi colek ni nak buat senang, cuma malas atau rajin je. Pelamnya angkut dari tanah Johor gitu. Tak masam. Pelam epal. Ini resepi boleh buka kedai hubby kata. Mel letak sikit saja cili tapi sebab cili pokok belakang rumah ni memang pedas, jadi masa makan memang sedia airrr.. Seharian jamah hidangan ni. Itupun tak habis lagi pelamnya. ehehee

Colek Pauh
Resepi: mel

Bahan:-
*4 bj cili padi - bergantung kepada tahap kepedasan cili
*1 in belacan - bakar/panggang hingga naik bau
*2 sb gula merah
*Asam jawa sebesar ibu jari - buang biji
Kacang goreng (tumbuk kasar) - optional

Cara:
1. Tumbuk semua bahan (*) hingga lumat dan sebati.
2. Hidang bersama mangga atau buah2an lain
3. Jika ingin digaul bersama, boleh taburkan kacang sekali.


You Might Also Like

4 comment

  1. sedapnya pelam epal. dulu kat kg pun ada tp dah tebang sebab tak berbuah sgt...kalau berbuah besar sgt buahnya...pastu byk kerengga & semut, tebang aje la.

    ReplyDelete
  2. Semalam kat fb pun kawan akak dok tayang. Buka blog alamak mel pula dok tayang. .....teringin pula rasa.hihihi

    ReplyDelete
  3. kicap tertinggal ke memang xletak mel? tun kat kg mmg berjuntai2 pelam nyer.. kat sini terpaksa beli..huhu

    ReplyDelete
  4. [ tun_telani ] - memang tak letak kicap yang.. sebab tu dia sikit saja dapat. tak berkuah ^^

    ReplyDelete