KUIH

Bingka Labu Lemak Manis

9:30 AM


Assalamualaikum. Selama ni kami bercucuk tanam belakang rumah sahaja. Tapi memang perasan ada pokok labu menjalar depan rumah. Tak pernah tabur benih, ia hidup sendiri. Daunnya kejap layu, mati dan hidup balik. Memang tak besar atau merimbun pun. Menjalar sikit saja. Tiap2 hari juga perhati, tapi tak ambil peduli sangat. Baru2 ni balik dari semenanjung, tetiba ada sebiji labu dah besar ha. Allah..memang sangat tak perasan bila labu sebesar ini tumbuh depan rumah..Suami isteri terkejut. Buahnya terselindung di balik daunnya yang besar. Bila daunnya layu, baru nampak buahnya. uhuu

Semalam hubby ambil, rasa seronok tetiba dapat labu lagi. Tapi ralat juga hati ni. Yela buat tak peduli kat pokok ni, rupanya ada hasilnya. Harus perbaiki sikap! Hargai setiap benda walaupun nampak asyik nak mati, rupanya kuat pokok ni. Alhamdulillah petang semalam buat bingka. Buat 1/2 adunan saja. Tak habis menyambung buat sarapan pagi ni. Mel buat tak garing , jadi warna kuning2 gitu je. Tapi sedap hokeyyy..

Ayah mel kata, pokok labu jenis kental. Mudah hidup. Tak macam tembikai, penuh cabaran. Pokok tembikai kami tanam hidup tapi kena makan ulat terus mati. Sabar jela. Biji labu ni tanam balik belakang rumah. Recycle..Nanti berbuah, tanam lagi. Memang tak berpenghujung. Tanah yang subur. Syukur ^^


Bingka Labu Lemak Manis
sumber : K.Nor

Bahan2:-

2 biji telur
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

Cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata. - mel blend saja dan tapis
4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.

You Might Also Like

3 comment

  1. sedapnya...kesukaan ni semua yg berasaskan labu

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. kalau dpt buat ni :)
    besar labunya

    salam kenal dri blog kak fazian.
    follower ke 400 : D

    ReplyDelete
  3. nk cuba la.hihi.saya ambik resepi ni ye.. thanks sis berkongsi..

    ReplyDelete