Pernah tak jumpa orang yang badan berbau? Selalu bukan? Bilamana pergi ke pasar2 atau ke ruangan yang sesak dengan orang. Kalau dalam train atau bus lagilah sesak hidung..uhuu
Ada tak rakan yang badan berbau?
Pernah tak ada rakan yang mengumpat tentang kawan yang badan berbau? Juga persoalan tak mandi, tak pakai perfume juga dilibatkan sama?
Pada aku mengumpat itu dah tak betul lagi2 bila si pengumpat itu tidak mengambil tindakan apa2 untuk membaiki keadaan. Hanya mengutuk di belakang. Tidak mentegur atau berusaha untuk membaiki keadaan rakan yang diumpat itu.
Sebab aku ada pengalaman masa sekolah menengah. Perempuan yang agak berisi orang. Baik tapi tiada siapa mahu berkawan dengannya. Atas alasan badan dia berbau. Aku tak tegur takut dia malu tapi masa birthday dia, aku bagi deodorant. Lepas tu dia bagitau dia tak tahu pun badan dia berbau. Gembira dia bila dapat tahu, yela boleh perbaiki diri. Alhamdulillah awal tahun tadi, kahwin dah dia ^^
Kebiasaannya orang yang badan berbau ni, dia tak sedar bau badan dia kurang disenangi.
Kita pun orang normal ni, cer jawab 'Apa bau badan anda?'
Tak boleh jawab bukan? hehe
Ini ada satu tips.
Belah dua 1biji limau kasturi dan bila nak mandi, sapulah pada ketiak anda.
Biarkan 1-2 minit dan mandi seperti biasa.
Kalau rasa bau badan kuat, bolehlah amalkan setiap hari
Tapi tak tahulah kalau tak berkesan kat orang lain
Aku cuba pun sebab tengok limau dalam peti ais tak berapa segar.
Sekali cuba rasa best pula. Dijadikan amalan especially musim panas sekarang yang kuat berpeluh.
Memang rasa segar sepanjang hari.
Selamat mencuba!
2 comment
Hai Mel! Ye betul juga kan. Mungkin org yg berbau badannya tu tak tau kan. Kesian juga kan kalau asyik kena kutuk belakang dia. But a good tips ni. Pernah dgr dulu..
ReplyDeletehai mel..betul tu..memang bagus tips ni buat mereka yang punya bau badan..selain limau kasturi, limau nipis dan lemon pun boleh hilangkan bau badan serta menyegarkan..
ReplyDelete