RESEPI

Jeruk Belimbing Buluh

1:39 PM

 
Assalamualaikum. Bersua kembali. Suam-suam kuku dah tulis entri sebulan dua ni. Ikut mood cuaca gamaknya. uhuu.. InsyaAllah rancak kembali lepas ni.

Ini ada satu lagi resepi untuk belimbing buluh. Mel buat bukan untuk diratah tapi letak dalam masakan. Memang macam2 hidangan mel letak jeruk ni. Sedap!! Resepi rujuk satu blog ni tapi mel tak ikut sangat, pandai2 sendiri je. Nak buat tak leceh pun sebab saat masak hidangan utama, boleh sipi2 rebus kejap, dah didih, letak atas meja bawah kipas angin. Bila petang masuk dalam esbok. Senang! Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. InsyaAllah hidangan yang letak jeruk ni akan menyusul kemudian.

*Jangan bosan pula ya mel update pasal belimbing buluh je. uhuu


Jeruk Belimbing Buluh

Bahan :
1 kg belimbing buluh
1 kg gula pasir
1 sb air kapur
Air bersih - rendam secukupnya
1 liter air bersih - merebus.
1 senduk makan garam


Cara:
1. Bersihkan belimbing buluh. Rendam dengan air kapur dan garam semalaman. 
2. Cuci kembali belimbing buluh dan toskan.
3. Masukkan gula pasir dan air ke dalam periuk. Rebus hingga gula larut dan air mendidih. Matikan api.
4. Masukkn belimbing buluh dan biarkannya sejuk. Mel letak bawah kipas. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas simpanan dan simpan di dalam peti ais.
5. Esoknya, asingkan belimbing buluh dengan jusnya. Rebus kembali jusnya hingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan belimbing buluh. Dan masukkan ke dalam peti ais. Mel buat 4kali (4 hari) merebus, baru mel guna letak dalam masakan.

Selamat mencuba

You Might Also Like

4 comment

  1. salam mel...tgk jeruk belimbing buluh ni kecur air liur kak fiza dah....masam x bila jd jeruk ni...kalau x jeruk masammm sgt...huhuhu

    ReplyDelete
  2. [ Hafizah Mohamad ] - Rasanya manis sikit dan masam2 manja gitu..Kalau tak jeruk, mel suka ratah yang muda, kalau yang dah nak masak tu, tak tahan masammmm

    ReplyDelete
  3. Tq nanti kalau dpt stok boleh try

    ReplyDelete
  4. ala dah takde belimbing pulak nak buat. sihat2 belimbing tu ye, besar2 sotong jugak...

    ReplyDelete