Assalamualaikum. Internet dah berhari2 tiada. Ini ada pun tak stabil. Entri taip laju2.. Perut berkeroncong. Kelaparan dek kerana portion sarapan pagi tadi sedikit. Jadi nak ke dapur masak hidangan tengahari. Nampaknya entri bulan ni berkaitan dengan belimbing buluh sahaja. Banyak tak terhabis kat pokok nun. Hidangan yang masak minggu lepas, dijamu dengan ikan masin sepat. Yummmmm.. bertambah nasi!
Udang Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh
Bahan-bahan:-
1 mangkuk udang
*10 bj cili padi
*3 bj bawang merah
*1 in kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
5 bj belimbing buluh - belah 2
1/2 helai daun kunyit - hiris
100ml santan kotak
100ml air
Garam, minyak
Kaedah:
1. Tumis bahan bertumbuk (*) dan serai dalam sedikit minyak hingga kekuningan
2. Masukkan udang dan sedikit santan. Biarkan udang sebati dengan bahan tumisan
3. Masukkan air dan lebihan santan. Kacau.
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam.
5. Masukkan belimbing buluh dan daun kunyit. Kacau
6. Hidang bersama nasi panas

2 comment
Sedap ni. Teringat baru ni balik KL, kakak masak asam rebus keladi campur belimbing...huhu...masam yg tak tahan tu.
ReplyDeletesalam mel..
ReplyDeletemenggodanya masak lemak tu..nampak sedap sangat..buat lapar perut ni tengok..hihi