KUIH

Apam Balik Mudah

8:00 AM


Assalamulaikum. Tekak ni teringin makan apam balik pula. Mana nak cari kan? Nak buat ikut resepi dulu2, ada telur pula. Hubby tak boleh sangat makan telur. Sudahnya letak bahan biasa saja. Alhamdulillah menjadi dan sedap tapi tang kulit tu memang nipis dan lembut. Jadi jagung letak selepas diangkat kalau tak memang bocor. Sedap dimakan panas2. Lipat dua kali, terus masuk mulut..cepat je habis.

Ia tak rasa macam apam balik pun. Macam lempeng kosong cuma ada inti macam apam balik. Cukuplah memenuhi rasa teringin tu kan. hihii

Apam Balik Mudah
Resepi: mel

Bahan kulit:
Tepung gandum
Soda bicarbonate
Baking powder
Garam

Air secukupnya

Inti:
Kacang goreng – kisar kasar
Jagung tin
Gula


Cara:
1. Satukan bahan kulit hingga menjadi pes (kelikatan sama seperti batter pisang goreng)
2. Biarkan 15 min
3. Oleskan 1 senduk batter di pan. Ratakan hingga membentuk bulatan.
3. Bila sudah masak, tabur gula dan kacang.
4. Angkat. Tabur jagung. Barulah lipat dua
5. Hidang.

-mood bercuti-

You Might Also Like

5 comment

  1. Wahhh...apam balik comel tu. Sana tak popular apam balik eh? Tak pe mel rajin sume boleh buat sendiri jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah nmpak pun ada org jual. Kalau ada pun belum tentu beli..uhuu

      Delete
  2. Cam pancake .....jadi lah kan. Rindu ngan apam balik bandung diaorg pagil murtabak manis.

    ReplyDelete
  3. Salam mel.. tun last week duk teringat2 kat apam balik.. struggle la beli semua bahan membuat nyer.. siap goreng2 kacang lagi you.. sekali dh siap, xleh masuk lak tekak ai nih.. sabooo je laa.. nasib baik la ada budak2 ngaji tu tukang perabih..

    ReplyDelete