Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Masak apa tengahari? Ada yang istimewa untuk dihidangkan? Atau ada tetamu datang? Lusa nak berjalan jauh, jadi kami berehat saja di rumah hari ini. Alhamdulillah pagi tadi sempat bersenam, berjogging setiap hari 30 minit. Biar tak lama asal konsisten gitu..
Bersenam bukan untuk diet, cuma meregang2 badan, bagi jantung dan badan sihat. Tapi lepas bersenam, minum susu anmum dan sarapan rendang dengan nasi impit pula. Bagus sangatttt la kan? Haha..
Resepi rendang ni memang dibuat setiap kali kenduri di kampung. Buat guna ayam kampung, sebab memang bela belakang rumah. Kalau tahu rumah nak buat kenduri, ada yang tanya 'Ada buat rendang tak?'. Ada juga yang minta resepi. Sampai macam tu sekali. Syukur alhamdulillah.
Resepi asal mak letak cili padi hijau sahaja, tapi mel sayang pula nak perabih cili hijau kat pokok nun. Jadi campur cili padi merah sikit. Pedas menyengat. Mak pesan kalau nak buat mesti letak gula merah jangan tukar gula putih pula. Banyakkan serai, baru sedap. Memang sedaplah mak! Terbaik! Sayang mak ^^
Rendang Cili Bonda
Resepi: mel
Bahan:
200g ayam
1 helai daun kunyit - hiris
1 helai daun limau purut
1 sb gula merah
1 keping asam keping
100ml santan kotak
100ml air
1 sb kerisik
Garam dan minyak tumisan
Bahan kisar:
10 bj cili padi hijau
10 bj cili padi merah
1/2 bawang besar
2 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 in halia
1 in lengkuas
1/2 in kunyit
Cara:
1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng 1/2 masak.Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan berbau harum.
3. Masukkan ayam. Biar rempah sebati..
4. Kemudian masukkan santan, air dan daun limau purut. Kacau.
5. Setelah mendidih, masukkan asam keping.
6. Bila kuah agak pekat, masukkan kerisik, gula merah, garam dan daun kunyit. Sesuaikan rasa.
7. Pabila menepati kepekatan yang dikehendaki, matikan api. Hidang dengan ketupat atau nasi panas

3 comment
em, sedapnya rendang tu mel..
ReplyDeleteSalam mel.. nk berjalan ke mana tu? balik kg ke??
ReplyDeletetu diaa.. rendang dia guna cili padi laa.. sure berasap nihh.. tun pon buat rendang ikut resepi mama tun. tp guna cili giling lah, tu pon ada yg xtahan pedas sbb tun jenis letak cili byk..hihi
rendang..
ReplyDeletekalau buat dgn cili padi mmg sedap. MIL pon buat cam tu...mmg layan