JAWA

Pecal Jawa

4:25 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Itu hari makan pecal di Bangi. Tapi isinya semua sayuran. Tidaklah menjadi satu kesalahan kerana lain tangan yang buat, lainlah hasilnya. Macam di kg mel, biasa letak sayuran, nasi impit dan kuah lodeh. Masa beli tengok plastik sikit sangat tapi bila makan rasa kenyang walaupun sayuran semata. Dia punya kuah sangatlahhh sedap.. Memang kalau ada jual depan rumah, mau tiap2 hari beli. Puas hati!

Jadi sekarang teringin lagi...
Semalam kenen2 hubby suruh ambil cekur.Tak tau nak buat apa dengan cekur yang banyak di rumah ni. Biasa letak dalam nasi goreng atau masak lemak saja. Sebab tu membesar dengan jayanya sebab takde guna sangat..uhuu. Kali pertama ni buat letak cekur, biasanya tak letak pun. ada kelainan bau dan rasa. Sedap. Alhamdulillah lepas rasa teringin nak makan tuu...


Pecal ni mel letak nasi impit, kangkung, sengkuang, bihun dan timun. Resepinya diringkaskan untuk lebih faham. Boleh rujuk link la ye untuk resepi asal. Kalau tak boleh buka tu, maknanya tak join group tu..uhuu

Kuah Pecal Jawa
Resepi: FB 

Bahan-bahan:-
1/2 kg kacang tanah - di goreng. Blend kering
*8 bj cili merah 
*8 bj cili padi merah
*8 bj cili kering
*8 bj bawang merah - mayang
*8 ulas bawang putih - mayang
Sekepal asam jawa - buang biji
2 bj cekur
3 ibu jari belacan - bakar
Daun limau purut - buang tulang
1 ketul gula merah - dipotong2.
Air panas secukupnya 

*mel goreng semua bahan kecuali gula dan air. 
*mel juga blend semua bahan kecuali kacang goreng.

Cara:-
1. Goreng bahan bertanda (*). Mel tak mayang bawang, goreng sebiji2 dengan  semua bahan.
2. Asam jawa digoreng sampai wangi. Angkat. Masukkan sedikit air dan perahkan airnya asam jawa.
3. Blend bahan yang digoreng bersama air asam jawa , gula merah,  belacan, cekur, daun limau purut dan air panas.
4. Campur dengan kacang tanah.
5. Perasakan dengan garam, gula. Manis, masam dan masinnya.
6. Boleh simpan,letak kt freezer,nak makan bubuh air panas .

Sayur2nya - timun, kacang panjang, kangkung, bayam, peria dan lain2 direbus sekejap

You Might Also Like

5 comment

  1. waduh enaknya...jawa eh...
    sedapnya kalau dapat makan masa ni. susah pulak cari cekur. suka masak ikan pari/cencaru bakar masak lemak pedas2 bubuh cekur. menambah makan...

    ReplyDelete
  2. [ fazianbatrisyia ] - masak lemak memang sedap letak cekur..tapi ada juga yang tak suka bau cekur tu..itu yang jarang guna..

    ReplyDelete
  3. Pecal akak selalu kangkung n kacang panjang .
    Tak tahu pula cekur buat masak lemak. Sedap eh?

    ReplyDelete
  4. salam mel..

    bestnya makan pecal jawa..kalau ada time skang ni lagi best..heheh..

    ReplyDelete
  5. [ Suzie ] - Sedap juga tapi ada orang tak gemar sebab baunya kuat..

    [Bbwana adienia] - wsalam..sedap makan petang2. Kalau ada, memang tak boleh tolak

    ReplyDelete