AYAM

Ayam BBQ

5:02 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Resepi ayam ni minta masa program bbq itu hari. Masa tu makan dengan sos lada hitam, kali ni buat sendiri cicah budu (boleh gitu? ^^). Makan air tangan orang pun sedap, buat sendiri pun sedaplah sangat. Alhamdulillah. Pasni insyaAllah kalau buat nasi ayam boleh guna resepi ayam ni lagi.

Tuan punya resepi cakap sampai menjilat jari, memang tak dinafikanlah. ehehe.
Ini resepi memang sangatlah disyorkan untuk diulang buat! Kalau nak buat, pastikan buat lebih sebab tak cukup. Sedap diratah. Selamat mencuba


Ayam BBQ
Resepi: myr

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
2 kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula - mel gantikan dengan madu

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.


*Masa bakar, mel sapukan juga madu di sekitar ayam.

You Might Also Like

1 comment

  1. wah...terliuq nengoknya...sedap betul berposing dlm pinggan tu..

    ReplyDelete