بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Lamaaaa dah tak berupdate. Lemau mood nya. Minggu lepas masa cuti xmas berkesempatan ke Similajau National Park, Bintulu (SNP). Oleh kerana executive di sini ada beberapa orang saja, jadi program kecil2 begini tidak sukar untuk diatur. Dan kebanyakannya masih bujang. Dengan GM sekali turun padang. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Alhamdulillah untuk penginapan 2 hari satu malam, bayaran hanya RM160 untuk satu chalet. Depan chalet ada pantai. Tapi tidak sesuai untuk aktiviti mandi. Satu chalet ada dua bilik yang disambung dengan satu ruang tamu di tengahnya. Setiap bilik ada 1 katil bujang dan satu katil queen size, juga almari dan bilik mandi. Tiada tv mahupun dapur, cuma ada peti ais saja. Jadi yang bercadang menginap di sini, bolehlah bawa periuk nasi dan alatan dapur sendiri.
Setibanya malam tu, memang program untuk BBQ saja. Aku siap minta resepi ayam panggang ni lagi, sedap juga. Sebelum ni jarang ada program sebegini, jadi aku begitu bersyukur Allah datangkan hidayah pada orang2 yang anjurkan dan mengusulkan idea program sebegini. Walaupun penat tapi tekanan bekerja tu boleh dilupakan seketika. Kalau tak, 24-7 menghadap kerja yang memang tak pernah habis. uhuu
Hari terakhir ada jungle tracking. Tapi para isteri idok la mengikut. Ada yang kena jaga anak dan ada yang mengandung. Oleh kerana kami tidak pusing2 sangat, jadi tiada apa yang boleh kuceritakan tentang SNP ni. Ada kantin/cafe. Selain chalet ada juga asrama 2 tingkat yang sesuai juga untuk bawa budak2 sekolah/uni buat aktiviti. Ada banyak lagi gambar masa jungle tracking tapi takde dalam simpanan. Jadi ini saja gambar yang tersedia boleh ku paparkan.
Semoga diberi kekuatan pada kami semua untuk menjalinkan silaturrahim. Juga diberikan kekuatan untuk kami menjaga peribadi dan akhlak yang baik. Sentiasa muhasabah segala baik buruk tingkahlaku saat menjalinkan hubungan. amin
Last but not least, selamat tahun baru 2014.
Semoga kita menjadi mukmin sejati.
Berakhlak baik untuk mengejar syurga Ilahi
2 comment
menarik tempat ni.
ReplyDeleteSelamat tahun baru mel..
ReplyDeleteMemang xde apa yg menarik sgt kat similajau nih, cuma blh wat jungle trekking je.