DAGING

Stew Daging

1:18 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Barang dapur sudah habis. Tapi sangattt tak berkesempatan langsung nak keluar ke bandar. Jadi seminggu ni masak ala kadar, apa yang ada di rumah. Alhamdulillah berkat ujian dari Allah kami busy ni, dapatlah bereksperimen di dapur. Sedap ke tidak, sikap tidak suka membazir harus dititipkan.

Dalam esbok memang daging je yang banyak. Jadi perabih daging lerr time xde lauk ni kan. Kalau ikut hati banyak lagi bahan nak letak dalam stew ni macam carrot dan saleri. Walaupun tak cukup bahan, tetap sedap di tekak. Komen hubby' macam lauk kenduri'. Syukur alhamdulillah. Silalah cuba

Stew Daging
Resepi:  melinblossom

Bahan-bahan:-
300g daging batang pinang
1 bj kentang saiz sederhana - potong baji 
1 sk serbuk lada hitam
7 bj kurma merah
1 sb tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
500 ml air
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukupnya

Bahan tumis:-
4 bj bawang merah - tak perlu hiris
2 ulas bawang putih - tak perlu hiris
7 bj cili padi - ketuk
1' halia - hiris kasar
1' lengkuas - hiris kasar
1' kunyit - hiris kasar
1 batang serai - titik
2 helai daun limau purut

Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan lada hitam, daging dan kentang. Gaul sebentar.
3. Kemudian masukkan minyak bijan, air, kurma merah. Biarkan mereneh hingga daging empuk.
4. Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum dan perasakan dengan garam.
5. Boleh matikan api setelah pekat dan cukup rasanya.
6. Hidang bersama nasi panas

You Might Also Like

3 comment

  1. pandai mel masak...& mengayakan dgn apa yg ada

    ReplyDelete
  2. [ fazianbatrisyia ] - mel tak berapa pandai masak kak. Tapi alhamdulillah stakat ni semua ekperimen menjadi dengan jayanya..uhuu

    ReplyDelete
  3. DAh lama nak try masak stew...x berkesempatan...saje malas ni nak cari resepi...hehe..
    bole copy lah resepi ni...:)

    ReplyDelete