KUIH

Popia Goreng Bercili

9:31 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Kita selalu diperdengarkan bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Mengenai kejadian keluarga Msia di Sweden yang berkaitan dengan solat tu, kalau difikirkan dari sudut positif, ia satu perkara yang baik. Allahuakbar, ia mungkin menjadi asbab untuk ibubapa lain yang selama ini lalai tentang tanggungjawab solat. Ia juga boleh menjadi asbab perubahan undang2 berkaitan keluarga Islam yang menetap di luar negara. Juga menjadi asbab kepada keluarga itu sendiri untuk menjadi insan lebih baik atas dugaan ni.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya; 
Bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Kita pula bagaimana? Takkan nak tunggu Allah timpakan dugaan sebegini baru nak tegur anak2, keluarga dan baru nak baiki diri? Bantulah kami Ya Allah untuk jadi insan yang lebih baik.


Alhamdulillah menu sarapan tadi pagi. Untuk resepi inti popia boleh lihat DI SINI. Sosnya pula amatlah mudah nak buat. Memandangkan cili kisar tumis ada lebihan masa masak nasi lemak beberapa hari lepas, jadi sos popia ni tak makan banyak masa untuk dibuat. Alhamdulillah sedap dan hubby suka. Juga salah satu langkah penjimatan duit dan menjaga kebersihan makanan yang dimakan.

Cili kisar Tumis
Resepi:  mel

Bahan:-
*5 bj bawang kecil
*1/2 bj bawang besar
*5 ulas bawang putih 
*1 in halia (*kisar bersama)
- 10 bj cili kering
- 1 in kunyit hidup (-kisar bersama)
Garam
Minyak, Air

Kaedah:-
1. Tumis bahan kisar (*) hingga layu kekuningan. 
2. Masukkan bahan kisar (-). Kacau dan biar seketika.
3. Masukkan air dan garam. Kacau
4. Masak cili hingga pekat dalam api yang perlahan. (Mel masak 1 jam sampai kering). 
5. Setelah kering, angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam bekas simpanan. Simpan dalam peti ais. Boleh digunakan untuk sebarang tumisan.

================================

Sos Popia Goreng Bercili 
Resepi:  mel 

Bahan:-
1 sb cili kisar tumis
1 sb sos cili
Sedikit gula
Minyak

Kaedah:-
1. Panaskan minyak sedikit. Masukkan cili kisar tumis. 
2. Masukkan sos cili dan gula.
3. Sesuaikan rasa manis dan pedas. Matikan api
4. Masukkan popia yang telah digoreng garing. Gaul rata sos dan popia.
5. Sedia untuk dihidangkan.

You Might Also Like

4 comment

  1. Dah lama tak makan popia... bestnyaaa

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnya nmpk petang2 gini....

    ReplyDelete
  3. sedapnya kalau tinggal makan je. semalam mcm ingin buat popia...tapi jadi lempeng pulak...

    ReplyDelete