NASI

Nasi Goreng Ikan

8:58 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hidangan nasi goreng lagiiii. Tapi tetap menjadi pujaan hati. Kena latih diri dan keluarga bersyukur atas apa jua hidangan di depan mata. Kalau dah berbuih mulut nasihatkan keluarga/orang terdekat tentang erti syukur tapi tetap tak mau dengar, berceritalah tentang Kem Pelarian Yarmouk atau tonton rancangan Al Khawater. InsyaAllah terbukalah pintu hati. >_<

Nasi goreng ni sangat mudah membuatnya. Kalau ada lebihan nasi atau ikan goreng memang sesuailah. Tidaklah membazir makanan. Alhamdulillah


Nasi Goreng Ikan
Resepi: mel

Bahan:-
2 cawan nasi putih
* 7 bj cili padi
* 2 bj bawang merah
* 2 ulas bawang putih (*tumbuk)
1 bj telur
2 ekor ikan selayang-  goreng dan ambil isi sahaja
Carrot - dadu kecil
Daun bawang

Cara:-
1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan telur. Biarkan sebentar dan kacau
3. Masukkan nasi, carrot dan ikan. Kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam. 
5. Tabur daun bawang sebelum hidang. Hidang bersama keropok ikan dan timun

You Might Also Like

3 comment

  1. salam mel..

    menu yang simple tapi sedap dimakan..bset!

    ReplyDelete
  2. Mmg gini la selalu dibuat Mel...lebih ikn ke..sayur x abis pun...campak sekali semua...sedap la jdinya kan...selalu yg main campak2 tu la yg best ye tak...:)

    ReplyDelete
  3. salam mel..kak lyza dtg ni mintak sikit nasi goreng ikan tu klu ada lg...hihi..mmg sedap klu buat nasi goreng letak ikan ni..kdg2 klu ada lebih2 ikan goreng semlm..akk campurkan sekali ke dlm nasi goreng..sedappp..

    ReplyDelete