بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Dulu ada pokok selasih, besar tapi tak panjang hayatnya. Pastu tanam lagi dan hidup dengan jayanya. Kali ni siap ada bunga berwarna purple. Tanam dalam polybag sahaja. Ada dua pokok, sama2 membesar. Tanam tepi longkang berteman dengan pokok kesum belakangnya, jauh sikit dari pancaran mentari. Itu hari bawa balik semenanjung juga. Harapnya dapatlah hidup. Nak tanamnya senang, sama seperti kesum. Cucuk batangnya saja dah hidup. Tapi tak boleh kena panas, cepat mati. Bila dah banyak ni, semua masakan pun nak letak..hihi
Daging ni sama macam daging goreng kunyit. Cuma letak selasih. Dengan kehadiran selasih, rasa dan baunya jadi lain. Aku suka. Sedap dan boleh diulang buat. Kebetulan ada sup sayur tengahari punya, jadi tidaklah rasa kering masa makan dengan nasi. Alhamdulillah
Daging Goreng Selasih
Resepi: mel
Bahan:-
200g daging - hiris nipis
*1 in halia - cincang
*Serbuk kunyit, garam (*Perap)
1/2 bj bawang besar - mayang
1 bj cili merah - hiris
5 bj cili padi - ketuk
Mix vege - carrot, jagung mini, kubis bunga
1 sk lada hitam
1 tangkai daun selasih - tak perlu lurut daun
Cara:
1. Basuh daging bersih. Lumur dengan halia, garam dan serbuk kunyit. Perap. ( Mel sediakan tengahari, perap sampai maghrib untuk dimasak hidangan makan malam).
2. Panaskan sedikit minyak. Goreng daging sebentar hingga sedikit garing.
3. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Kacau. Biar bawang dan cili layu.
4. Masukkan mix vege dan selasih. Kacau.
5. Setelah vege. layu, masukkan lada hitam. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Hidang dengan nasi panas.

3 comment
sedapnya menu daging tu..nak sket bleh?hihi..
ReplyDeleteX pernah cuba ltak daun selasih.blh try nanti. Tq
ReplyDeleteTak tau pula bole guna selasih mcm ni...
ReplyDeleteNmpk sedap la Mel...:)