KUIH

Cempedak Goreng Lagi

4:32 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Minum petang apa hari ini? Alhamdulillah tidak terasa kemarau di sini sebab kadang2 hujan lebat di waktu malam. Siangnya pula redup2 saja.

Agak sukar untuk mendapatkan cempedak di sini. Kebetulan baru2 ni pergi pasar tamu, ramailah pula yang jual. Musim barangkali. Lagipun lalu lalang nak beli pisang tanduk, tak tahan godaan bau cempedak ni.. Haruslah beli. Bancuhan tepung, mel guna sama macam resepi lama. Cuma tak letak telur. Sebab mel dah cuba kedua2nya, kami lagi suka kalau tak letak telur.. Alhamdulillah


Dan macam biasa kalau beli cempedak, lebihan kulit dalamnya buat mandai. Jadi kulit luar dan batang tengahnya saja dibuang. Itupun kalau korang rajin lebihan kulit buah2 ni boleh buat kompos. Letak pada tanaman, insyaAllah jadi baja organik. Alhamdulillah.

Batter Pisang Goreng

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 biji telur - size kecil - mel tak letak
1 sk gula
1/4 sudu kecil air kapur - jgn terlebih nanti pahit
serbuk kunyit @ pewarna kuning
1 cawan air
garam
keledek atau pisang atau pilihan yang disukai

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali keledek@pisang ke dalam blender. Blend lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu panaskan minyak.
Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan. Goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan. Sedia dihidang.

You Might Also Like

3 comment

  1. Sedap2..! Tp x bole mkn bnyk ni..àngin...sebabnya nyusu si baby kecik..:)

    Ait..! Mel pun tau mandai? Sedapkan...goreng potong cili bawang smua...ishhh...lama x mkn...banjar ke?

    ReplyDelete
  2. banjar belah ayah kak..itu yang tahu tuu

    ReplyDelete