BUBUR

Bubur Jagung

5:56 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikmu dan selamat petang. Alhamdulillah minggu lepas ada tetamu dari jauh yang memberi jagung. Bawa dari kampung katanya. Seplastik tapi agak banyak untuk dihabiskan 2 orang. Kebetulan jagung yang bawa dari Kuala Berang pun masih ada. Memang macam2 hidangan berasaskan jagung dicuba. Tapi masih berbaki 3 batang dalam esbok tu. Sedang mencari resepi lain pula nanti.

Alhamdulillah bubur ni buat kelmarin. Resepi ambil di group memasak fb. Sedap. Hubby pun bertambah makannya. InsyaAllah buat lagi nanti. Manis lemak2 berkrim gitu


Bubur Jagung
Resepi:  FB

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
* 5-6 sudu besar gula (ikut manis)
* 1 mangkuk kecil santan pekat
* 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
* 2 helai daun pandan disimpul
* 1/4sudu teh garam (optional)
* segenggam sagu dibilas dan toskan (optional)
tambah gula melaka - mel letak 1 sb

Cara-cara

1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.
3. Bubur ni berwarna putih. Bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit.

You Might Also Like

7 comment

  1. mmg peberet bubur jagung ni dah lama gak x buat...kecur air liur...

    ReplyDelete
  2. salam mel..

    sedapnya bubur jagung tu..best ni makan bubur..

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka jagung. Kadang2 buat cucur jagung.

    ReplyDelete
  4. salam singgah ..sedapnya bubur jagung lama dah tak buat ...tapi rasa macam malas jer nak parut isi jagung tu hiii

    ReplyDelete
  5. salam mel...sedapnya bubur jaagung...kak fiza punya peberet ni...

    ReplyDelete
  6. Wani, kalau malas boleh juga buat jagung dlm tin tu.. hehehe

    ReplyDelete