MINUMAN

Air Soya

4:55 PM

Assalamualaikum. Dulu agak suka untuk menyimpan stok air kotak di rumah. Tapi sejak akhir2 ni, kurang gemar sudah membelinya. Tidak mahu bergantung semata dengan air kotak bila mahu minum air manis. Jadi kena rajinkan diri untuk buat sendiri dan kawal sendiri jumlah gula yang dimasukkan. Kalau malas, minum air kosong saja.. uhuu

Agak mudah untuk membuat air soya sendiri. Cuma sabar kena lebih. Nak tunggu, nak perah lagi.. Tapi bila masuk mulut memang nikmat. Alhamdulillah sedap! Oleh kerana cuaca tengah panas, haruslah sedap dihidang sejuk. Yang tak suka minuman sejuk, boleh dihidang suam2.

Air Soya
Resepi: myr

Bahan-bahan ( 2 jag )

1 cawan kacang soya
2 jug air
5 helai daun pandan- dibelah dan disimpul
Gula secukup rasa dan 1/2 sudu teh garam
Blender dan penapis teh (kain)


Cara:
1. Basuh dan rendam kacang soya 4,5 jam @ hingga kembang.
2. Kisar 2 senduk kacang bersama bersama 4 cawan air hingga halus. Buat hingga habis.
3. Tapis bahan kisar dengan penapis santan. Kumpulkan hampas yang masih basah dalam mangkuk besar. Buat hingga habis.
4. Tapis air soya sekali lagi menggunakn penapis teh untuk mengasingkn serdak halus.
*(Buat tauhu lembut ambil air soya yg ini)*
5. Campurkan 1/2 jag air lagi ke dalam hampas soya, ulang proses penapisan dua kali. Buatlah hingga hampas soya tidak mengeluarkan jus putih.
6. Masukkan air soya dalam periuk bersama daun pandan dan garam. Masak sambil dikacau hingga mndidih.Awas... ia mudah pecah soya.. Biar mendidih dalam beberapa minit lalu tutup api
7. Boleh campur sekali gula semasa memasak tadi atau boleh juga diletak kemudian,
*(Buat puding karamel ambil dari bahagian ini)*

You Might Also Like

6 comment

  1. salam mel..

    sya suka minum homemade air soya..rasanya lebih asli dan sedap..kalau mnum soya bean yang beli tu..sya selalu pening..x tau kenapa..huhu..

    ReplyDelete
  2. Sedap. Akak pun x da stok air kotak kat rumah. Yg ada sirap n ribena. Susu segar. Minum je tu. Kdg minum air kelapa or buat barli.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....sedapnya mel soya ni...dulu masa mengandung anak sulung selalu kak fiza buat sendiri....pastu anak ke 2 beli ja....sbbnya malas sgt...he he he....soya ni kalau kat umah kak fiza kejap ja habis....tp kak fiza ni malas nak tapis2 sbb tu malas nak buat...huhuhu

    ReplyDelete
  4. nk kena cuba buat ni...mcm mudah je

    ReplyDelete
  5. Betul tu bila buat sendiri bole kawal kuantiti gula...

    ReplyDelete
  6. sy penah buat masa dlm pantang...masa tu dah sihat & cergas jugak...kalau tak tu ngadap bby aje. best kan buat sendiri

    ReplyDelete