بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Hari ni menu tambahan ikan terubuk masin. Goreng saja, letak bawang dan cili siap. Menu begini pencetus tunas rasa orang kata. Menambah selera si pemakan. Tapi kesabaran haruslah tinggi dalam melayan ikan ni.. uhuu. Goreng garing2, siap untuk dihidang. Sisiknya juga boleh dimakan. Alhamdulillah
Esok hari kelahiran juga hari pemergian insan yang kita kasihi, Nabi Muhammad s.a.w. Sebaik2nya bukan hari esok saja kita memperingati Baginda tetapi setiap hari. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Jadi untuk kenal Nabi, kita harus cari ilmu. Beli buku, pergi ceramah, tonton dokumentari tentang Baginda dan sebagainya. Yang ada anak2 tu, amalkan untuk bercerita tentang kisah Baginda juga para sahabat. InsyaAllah akan timbul rasa kasih dan sayang yang mendalam terhadap Baginda.
Dengar seorang ustaz kata hari tu, tidak mengapa kita sambut Hari Maulidur Rasul. Kita ni tak pernah jumpa Nabi. Majlis2 berselawat perlu supaya kita ingat pada Nabi dan supaya kita tak jauh dengan Nabi. Di akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita kasihi. Jadi kalau kita nak dapat syafaat Nabi, banyak2lah ingat Baginda dan berselawat.
Rasulullahs s.a.w. bersabda:-
" Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"
( Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban )
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Ahzab :: 56-
" Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para MalaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya"
Minggu lepas, dalam ranc. Assalamualaikum ada satu soalan diajukan. Allah s.w.t. suruh kita puasa, suruh kita solat tapi Allah s.w.t. tak buat semua tu. Tapi ada satu perkara dalam dunia ini, yang Allah s.w.t. suruh kita buat, dan Allah s.w.t. juga buat. Iaitu berselawat. Jadi ajar anak2 dan keluarga tentang kelebihan selawat.
Apapun, mel nak minta maaf atas semua yang pernah mel buat selama ada blog ini. Tiada niat untuk membangga atas apa jua yang ditonjolkan dalam blog ni. InsyaAllah akan diperiksa setiap entri selama ada blog ini supaya tidak ada mana2 pihak yang tersinggung. Audit diri. Sungguh atas niat untuk dapatkan saham pahala untuk ke alam sana. Jadi maaf sangat2 ya atas segala baik buruk dari diri mel.
Salam Maulidur Rasul
4 comment
mel menu yg menyelerakan walaupun simple...kena pulak dgn nasik yg masih panas lagi aduh..maunya berpeluh-peluhkan...
ReplyDeletemenu ni mmg la sedap. sy drp aritu nak goreng asyik tak teringat aje...ada seekor terubuk masin dlm freezer tu...ntah bila nak hadap agaknya..
ReplyDeleteSEdap mkn ngan bubur nasi nih...
ReplyDeleteLama tak makan terubuk masin. Salam maulidur rasul
ReplyDelete