بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. Nak melompat rasanya bila tiba hari Jumaat dah. Dapatlah berehat2 di hujung minggu bersama keluarga tersayang. Awal2 tahun ni hubby sangatlahhh busy dengan urusan kemaskini budget. Lewat pagi baru balik. Tiap kali nak g kerja, selalu pesan agar mulakan dengan bismillah, baca doa dan niat kerana Allah. Bukan apa supaya dia tak risau tinggal isteri sorang2. Bila niat kerana Allah, kita doa sekali agar dijaga ahli keluarga yang ditinggalkan di rumah. Terpelihara dari segala bahaya baik dari dalam mahupun luar rumah.
Sarapan apa pagi ni? Kalau takde idea boleh cuba cucur ni. Punyalah lamaaa tak buat. Dulu kecil2 memang inilah sarapan pergi sekolah. Alhamdulillah masuk saja mulut keluar ayat 'ini sangatlah sedap'. Ngap..ngap..ngapp..habis sepinggan. Mel gandingkan dengan sambal sardin ikan bilis. Sambal sardin ni lebihan semalam punya, masak balik dan letak ikan bilis. Resepi akan menyusul kemudian. Memang lain rasanya, lagi sedappp.. Adunan mel main agak2 je, mel lebihkan kelapa dan kurangkan gula. Syukur alhamdulillah, satu lagi resepi kegemaran hubby
Cucur Kelapa Manis
Resepi: melinblossom
Bahan-bahan:
1 cawan kelapa parut
1 cawa tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 sk bp
Sedikit garam
Air secukupnya - air sejuk peti ais
Cara:-
1. Campur semua bahan dalam mangkuk. Sebatikan. Biarkan selama 10-15 minit.
2. Panaskan minyak gorengan. Sudukan dalam minyak. Goreng keemasan
3. Angkat dan tapis.
4. Hidang
Resepi: melinblossom
Bahan-bahan:
1 cawan kelapa parut
1 cawa tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 sk bp
Sedikit garam
Air secukupnya - air sejuk peti ais
Cara:-
1. Campur semua bahan dalam mangkuk. Sebatikan. Biarkan selama 10-15 minit.
2. Panaskan minyak gorengan. Sudukan dalam minyak. Goreng keemasan
3. Angkat dan tapis.
4. Hidang
3 comment
Kalau kak suzi cucur kelapa masin. Kalau cucur manis ltak gula n baking jer. So jd kembung. Sedap.
ReplyDeleteSama la...sy suka cucur kelapa ni...hri tu buat ingtkan anak2 x minat...habis juga diaorng mkn...
ReplyDeleteLebih kan kelapa tu yg lg sedap tu...lemak !! Best2...
Aduh nostalgia sungguh penah mkn masa kecik2 dlu...
ReplyDelete