Assalamualaikum. Alhamdulillah setelah menjangkau 2 tahun berbuah sudah pokok belimbing buluh ni. Dulu minta buahnya di rumah rakan sepejabat hubby pastu semai bijinya, tanam dan hidup membesar. Rumah dia memang banyak buahnya tak pernah putus2. Tiap kali datang rumah dia minta buah ni je. Naik segan aku.
Yang rumah sendiri punya tak berbuah-buah.uhuu
Aku ada google hari tu, ada yang kata pokok2 yang macam mandul, lama tak berbuah kena ditakik. Kira bagi kejutan la. Apalagi ku suruh hubby mulakan operasi menakik semua pokok kawasan rumah ni. Dalam masa yang sama pembantu rumah tabur baja peransang buah.
Alhamdulillah berbuah. Jadi aku tak tahu dia berbuah sebab ditakik, ditabur baja atau memang sudah sampai waktu dia berbuah. Pokok lain hubby takik idokk pula berbuah. huahuahuaa
Oleh kerana hidupnya menjulang tinggi, kebanyakan buah berada di bahagian atas. Buahnya pun besar-besar. Barangkali sekarang musim hujan, jadi hidup subur. Syukur tak terhingga dapat merasa. Alhamdulillah bolehlah buat sambal hitam pahang kegemaran hubby banyak kali pasni.
InsyaAllah kalau nak buat asam pedas ke, masak lemak ke atau sambal belacan, mudahlah kerja. Petik-petik je belakang rumah.
11 comment
kalau sy dekat nak gak mintak...kat rumah MIL tgh bunga...time nak guna xde, time tak nak guna buah lebat. Kat pasar bukan selalu ada.
ReplyDelete[fazianbatrisyia ] - Betul tu. Rasanya baru sekali pernah nampak ada orang jual di pasar sini. Itupun tak berapa segar. Tapi kalau dah desperate nak guna, memang akan beli.uhuu
ReplyDeleteAssalamualaikum mel..montok2 jer buahnyer..susah nak dpt belimbing buluh sekrg ni...klu dkat nk jer mintak sikit..masak lemak cilipadi dgn daging salai mengancam ni...
ReplyDelete[ Umie Jazz ] - Kegemaran sangat masak lemak cili padi daging salai tu..hihi
ReplyDeletesedap nya kalau masak tempoyak dengan ulam2 lain.. yumyumyum/...
ReplyDelete[ Ayu azmir ] - Belimbing buluh masak tempoyak? 1st time dengar ni. Kena google resepi, bunyi macam sedap je
ReplyDeleteSalam mel.. suruh hubby you cantas kasi rendah sket pokok tu.. ai xperasan pulak ada pokok belimbing buluh kt umah aritu..
ReplyDeletekt kg tun mmg ada pokok belimbing buluh tepi umah, bila besarkan umah, longkang buat keliling pokok sbb sayang pokok tu selalu berbuah. senang nk wat kuah nasi dagang. abah cantas kasi pendek, lg subur jd nyer. kene selalu cantas sbb betul2 tepi tingkap, kalau xcantas daun siap masuk dlm umah. hihi
[ tun_telani ] - wsalam. errr..cantas? Nanti tunggu tukang potong rumput la cantas kan..Hubby ai bz buat budget awal2 tahun ni..uhuu
ReplyDeleteCantek rrrr...senang klu ada pokok ni, rasa lancar je memasak...bernilai buah ni diceruk dapur, mnggantikan asam jawa dan asam keping..akk teringin tanam tapi x tertanam2 ..bila balik rmh mak je bole ambik, tu pun pokoknya mcm nk rebah je nengok...dah tua..
ReplyDelete[ Rohah ] - memang la lancarrr sangat.. Tomato pun mau tak beli dah pasni..uhuu
ReplyDeleteAkak pun nak tanam tapi x tertanam tanam
ReplyDelete