NASI

Nasi Goreng Seafood

3:34 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dua tiga hari lepas menonton sejarah Jepun dibom. Mereka tidak menyalahkan pihak yang mengebom tetapi menganggap ini baik untuk negara mereka. Ini kerana mereka berpegang kepada 'Apa faedah yang boleh diperolehi hasil dari musibah yang menimpa?'. Sebab itu mereka membangun selepas 7 tahun peristiwa berlaku. Jadi kita umat Islam kena ambil nilai positif sebegini. Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, berpegang pada hikmah, redha dengan apa jua yang Allah takdirkan. *muhasabah diri*

Alhamdulillah resepi nasi goreng ni memang tak mengecewakan. Alhamdulillah menjadi kesukaan suami. Cuma musim tengkujuh sekarang, tak berapa ada sumber makanan laut, jadi agak terhad untuk masak2 lauk yang letak seafood. Baru2 ni pun cari ketam, xde la..hihiii

Nasi Goreng Seafood
Resepi: melinblossom

Bahan-bahan:-

3 cawan nasi putih
1/2 bj bawang besar - hiris
2 helai daun limau purut
Mix vege - carrot,kubis
Daun sup, bawang goreng 

Bahan tumbuk:-
7 bj cili padi
2 ulas bawang putih 

Bahan sos:-
1/2 sb pes tomyam
1 1/2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sb sos ikan

Seafood (Gaul dgn sedikit garam):-
1/2 cawan sotong 
1/2 cawan udang 

Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan sotong dan udang. Goreng sebentar hingga keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan bahan tumbuk. Masak hingga layu.
3. Masukkan bahan sos, daun limau purut dan garam. Gaul
4. Kemudian masukkan nasi dan mix vege. Gaul rata.
5. Sesuaikan rasa dengan masinnya.
6. Tabur daun sup dan bawang goreng sebelum hidang bersama keropok ikan/timun/ayam goreng.

Selamat Mencuba

You Might Also Like

3 comment

  1. menu nasi goreng ni kalau x kuasa masak lauk @ nak makan cepat....nasi grg mmg layan...

    ReplyDelete
  2. Tiap yg berlaku ada hilmahnya kan...

    Mcm best je buat nasi greng cmni...😊

    ReplyDelete