KUIH

Puff Sardin

4:13 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sudah punya list azam tahun baru? hihi.. Jangan lupa azam tu mesti selari dengan agama Islam. Matlamat harus jelas dan berusaha sehabis daya untuk merealisasikan segala impian dan akhirnya harus bertawal pada yang Esa. ^^

Walaupun internet tak berapa bagi kerjasama. Terpaksa menunggu lamaaa untuk update entri ni..Hidangan sardin yang memang menjadi kegemaran. Senang buat cuma mungkin aku kurang pandai jadi agak berminyak hasilnya. Kot2 sape pernah buat guna pastry ni, mai share dengan aku cner korang buat tak berminyak bila makan. Selamat mencuba.


Puff Sardin
Sumber:  Mykuali

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

You Might Also Like

3 comment

  1. selamat tahun baru 2014...
    pantang nampak puffn sardin, mesti teruja nak makan...hihiii

    ReplyDelete
  2. garing dan menyelerakan...sardin ni memang kesukaan ana...tq kongsi resepi..

    ReplyDelete