Sambutan Ambang 2014

4:09 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menggerakkan hati2 insan untuk menganjurkan acara sebegini. Alhamdulillah ambang tahun 2014 kami sambut dengan solat berjemaah dan solat hajat. Memohon segala kebaikan dari Ilahi. Tiada acara2 yang lagha mahupun pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Usai solat hajat, ada sedikit bbq dan juga karaoke di kalangan para lelaki. Menjelang saja jam 12 malam, semua pun beransur pulang.


Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .
Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).



Semoga tahun 2014 ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebih baik dalam diri kami. Dapat mencapai apa yang dicita2kan. Ya Allah tetapkan kami dalam agamaMu. Bantulah kami beribadah untuk mengejar pahala dan syurgaMu. Jadikan kami orang yang bersyukur dan mendirikan solat. Jauhkan kami dari segala keburukan yang ada di dunia ini. Amin

Selamat Tahun Baru 2014

You Might Also Like

1 comment

  1. Selamat thun baru Mel..

    Alhsmdulillah....permulaan yg baik tu...😊

    ReplyDelete