Garden

Pokok Bunga Kantan

3:27 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kisahnya hujung minggu lepas, nak tutup tingkap sebab dah Maghrib tapi mata terpana pada sesuatu. Kenapa ada benda pink dekat tanah sebelah pokok pisang. Ya ampunnn, telek punya telek pokok yang kutunggu-tunggu berbunga juga. Alhamdulillah.

Masa kami pindah sini 2 tahun lepas, punyalah tak jumpa bunga kantan di mana-mana. Mungkin kami datang tu musimnya dah habis. Kebetulan cari anak pokok limau purut di nursery pun tiada. Sudahnya ku angkut benih dari Johor. huahuahaa...


Mak aku kata memang lambat nak berbunga. Yela, 2 tahun aku tunggu tu. Nak juga merasa hasil tanam kantan sendiri. Kalau pokok durian lain la cite kan. Walau sekuntum je punyalah suka aku, berbunga-bunga hati. Teringat rumah mak teh hubby, sebelah rumahnya hutan pokok kantan lagi. Jeles aku. Langsung tak semak, sana sini penuh dengan bunga kantan. Jadi macam pokok hiasan pun ada. Alhamdulillah hidup pokok ni dapatlah memberi sumbangan kepada tuan rumah lain pula yang pindah sini nanti.

Sejak tanam, aku tak jaga pun, ku biar je berpanas berhujan. Alhamdulillah hidup dengan baik ko ye pokok. Pokok ni sebaiknya di tanam di tempat berpasir.  Tapi kalau rumah takde tanah, jangankan nak cari tanah berpasir, tanah pun tak jumpa..ye dokkk? Beli jela gamaknya.. sini jual 3 kuntum RM2. uhuu

You Might Also Like

4 comment

  1. kat rumah ni ada 2 pohon.. tapi spesis kantan ni banyak jenis kan.. kat rumah ni,, pokok dia tak boleh main nak buang suka hati jer nanti dia tak berbunga ... biar pohon lamaa tu kering sendiri barulah dia naik pohon baru.. malu2 kucing lak bunga kantan.. maklumlah bunga pink kan hiiii

    ReplyDelete
  2. Kan...seronok sy baca...:-)
    Bila apa yg kita tanam tu...hasilnya mnjadi...mmg alhamdulillah la kan...lpas tu....mkn plk dgn kuarga...rasa nikmatnya...:-)

    ReplyDelete
  3. mak kite tanam bunga kantan pon payahnye nak hidup. huhuu

    ReplyDelete
  4. bunga kantan mahal tau...1 btg tu RM1.50 @ RM2. Kalau balik kg mmg sy kutip blk rumah bonda. itulah untungnya berbudi pada tanah...

    ReplyDelete