Kek | Muffin

Kek Pisang Marble Coklat

4:19 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Kek ni buat semalam. Pencahayaan tak cantik sebab tangkap gamba malam ye. Guna hp je. Jadi kek ni idokk la gelap gini warna sebenarnya.. uhuu... Aku tak sukat pun adunan. Main tuang saja, sebab tu ada lapisan tebal, ada nipis.. Yang penting bolehlah jadi bunga..Lain kali sukat secawan2, baru tuang.


Komen hubby 'Sedap. Penuh rasa pisang'. Memang akan diulang buat lagi. Peminat kek pisang katakan..Buat 2 bekas, dah habis dah pun..kekekeee. Alhamdulillah

Kek Pisang Marble Coklat
sumber: izahdaut

Bahan-bahan
150g pisang emas - dilecek - mel letak 200g pisang embun
180g tpg gandum

180g gula halus 
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- mel ganti 2 sb susu tepung
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes


Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

You Might Also Like

5 comment

  1. Mel nmpk sedap....gabungan koko dgn pisang tentu mantop...

    ReplyDelete
  2. lawonyerr bunga tu.. tun mmg hantu kek pisang :)

    ReplyDelete
  3. Your marble cakes are so neatly baked. Love their flower motifs.

    This is my first time visiting your blog and love all your baking and cooking.

    Although all your blog is written in Malay language, I can translate it into English using Google translate :p

    Happy to be your latest follower and hope to hear from you too :D

    Zoe

    ReplyDelete
  4. [ zoe ] - Thank you very much for following my blog dear.

    ReplyDelete