KUIH

Popia Basah

4:45 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Kali terakhir makan popia basah masa lebaran hari tu di Sungai Besar. Paling sedap aku makan dekat Banting. Memang banyak kali beli.

Yang buat pagi tadi ni sedap juga cuma skill membuat kulit tu kena asah lagi. InsyaAllah pasni buat lagi, bolehlah asah kasi tajam skill tu. kekeke.

Btw, line internet superr slow. Pada yang mana pilih 'Yes' pada 'Show word verification' pada setting comment tu, mel takleh terjah balik blog korang. Bila line slow, word tu tak keluar. Jadi tunggu punya lama sampai line putus. haruuu weii.. Minta maaf na tak terjah balik. Bila dah ok, mel datang ziarah ye


POPIA BASAH
Sumber : K.Ita


Bahan untuk kulit popia
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Cara2 untuk buat kulit popia
Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
Buat dari arah jam
Mulakan dari tepi dulu
Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar
Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
Boleh disusun berlapis2 ia tak melekat

Bahan untuk inti

1/2 biji kobis - diricik halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1/2 bj sengkuang - mel tambah
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.
Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang - mel guna gula melaka
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar - jika suka

Sedikit air - mel tambah

Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
Masukkan kicap dan gula perang, garam, air dan perasa.



Penyediaan Popia
Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti, taburan bawang goreng dan taburan kacang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan
Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh
Ikut selera masing-masing

You Might Also Like

3 comment

  1. Assalamualaikum mel tkasih diatas resepi mmg dh lama sya carik resepi popia basah ni...=)

    ReplyDelete
  2. mel dah cuba jugak...sy suka popia basah ni...tp kuih inilah yg belum dibuat sendiri...

    ReplyDelete
  3. Salam mel... tun mcm2 mana pon suka makan popia yg goreng jugak. hehe.. tp aritu try buat popia basah nih, alhamdulillah habis jugak.

    ReplyDelete