Jeruk Madu Pak Ali
4:10 PMAssalamualaikum. Beli dah lama, masa balik semenanjung hari tu. Tapi nak buat juga entri pasal sedap sangat. Aku kan pernah buat acar buah. Banyak yang aku google guna jeruk ni. Oleh kerana takde jual kat sini, aku bantai guna jeruk biasa. Sedap juga tapi kena letak gula lebih lerr..huahuaha
Alhamdulillah masa odw balik ke Johor tu, singgah sebentar di RnR Tanjung Malim. Oleh kerana hujan, tak sempat aku nak belek2 benda lain. Nampak je jeruk ni, terus ambil, bayar dan masuk kereta. Oh ya, harga sepeket ni RM3.50. Tak banyak pilihan pun, ini je yang aku nampak. Kalau tak boleh la beli banyak-banyak.
Kali terakhir aku pergi Penang, ada la bawa balik jeruk buah pala. Tapi tak pula terjumpa yang warna warni gini. Sedap la weiii. Lain kali singgah penang boleh beli lagi. Aku google ada juga jual di Johor. Di Kulai , di Batu Pahat juga satu tu di Alor Setar ada buat pengeposan seluruh Malaysia. Yang nak rasa, bolehla order.
Terliur tak? hehehe
6 comment
TAK INgat dah bila last makan jeruk nih.. sekarang ni kena kurang2 kan makanan berjeruk huhu x leh nak makan mana
ReplyDeletePak Ali...Pak Ali...ingat cerita p ramlee.
ReplyDeleteboss kalau ke penang mesti beli...
yg hb beli ari tu pon ada lagi...sib baik...kalau tak...maunyaa....
[ Wani ] - mel ni kalau time loya je makan. Itupun takat rasa kat lidah je. Kalau rasa teringin, idok ler sangat layankan rasa teringin tu..Benda-benda gini kena ada sikit stok kat rumah. Kot2 loya tu datang, mana nak cari dalam hutan ni..kekeke
ReplyDeleteYup jeruk pak ali mmg sedap....sy klau jeruk yg jual biasa tu...mmg x bole mkn...lpas mkn msti asthma attack pnyalah...tp jeruk pak ali ni...mmg konpem bole mkn...tu yg sy suka sngt tu...:-)
ReplyDelete[ asyifa mustaffa ] - wahh sampai diserang asma..kena berjaga-jaga tak boleh sembarangan la..Mungkin sebab guna cuka epal dan air masak, itu yang boleh makan tu jeruk pak ali ni..
ReplyDeletemmg glemer jeruk nih.. biasa kalau ada kawan2 pegi penang, ni la buah tangan yg sampai kat umah. tp kan, satu family tun xbape pandai makan.. haha.. mmg duk terbazir dlm peti.
ReplyDelete